KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang membangunkan satu gabungan besar parti-parti politik yang menyatukan rakyat dengan adil, saksama, inklusif dan harmoni dalam acuan politik baharu negara.
Pengerusi PN Pahang Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau yakin PN telah belajar daripada kelemahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bahawa keputusan gabungan dibuat berasaskan perundingan dan bukan dominasi satu parti.
"Dalam BN, UMNO parti dominan. Jawatan utama BN - Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Penerangan - dipegang UMNO. Dalam PN, ia dikongsi sesama parti komponen.
"Dalam PH tiada parti yang dominan, tapi keadaan di mana ia disokong oleh 'majoriti besar golongan minoriti' dan 'hanya minoriti kecil golongan majoriti' menyebabkan ia tidak bertahan lama," katanya dalam hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.
Saifuddin, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa negara perlu mengamalkan politik baharu yang berfungsi, prihatin dan stabil.
"Antara ciri politik baharu, dalam satu gabungan parti-parti politik, tidak wujud satu parti yang dominan manakala ada parti kecil yang terpinggir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 03 2021
Saifuddin, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa negara perlu mengamalkan politik baharu yang berfungsi, prihatin dan stabil. - Gambar fail/BERNAMA
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
MUDA tidak sertai jelajah PN - Amir Hariri
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak akan menyertai jelajah Perikatan Nasional (PN).
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.
Tiada peruntukan, ada Ahli Parlimen PN jatuh ke golongan B40 - Abdul Latiff
Selepas beberapa hari mendapat elaun, ada yang terus menjadi golongan B40 kerana wang tersebut terpaksa dikongsikan kepada rakyat terutamanya di awal musim persekolahan seperti sekarang.
PN Selangor didesak nyata pendirian berhubung kenyataan Presiden Pas
MPN Selangor mendesak PN negeri menyatakan pendirian berhubung rasa dukacita yang dizahirkan Sultan Selangor terhadap Presiden Pas.
Eddin Syazlee dilantik Penasihat PN Negeri Sembilan
Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat PN negeri yang diadakan kali pertama tahun ini baru-baru ini.
PN sokong penuh usaha pinda Perlembagaan angkat bidang kuasa Mahkamah Syariah - Tuan Ibrahim
Usaha untuk memperjuangkan kedudukan hukum syarak tidak seharusnya menimbulkan perpecahan atau dipolitikkan.