awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN Selangor didesak nyata pendirian berhubung kenyataan Presiden Pas

Bernama
Bernama
01/03/2024
08:22 MYT
PN Selangor didesak nyata pendirian berhubung kenyataan Presiden Pas
Borhan berkata tindakan membisu pimpinan PN Selangor yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan seolah-olah mereka sanggup membelakangi titah Sultan Sharafuddin. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Majlis Pimpinan Keadilan (MPN) Selangor mendesak Perikatan Nasional (PN) negeri menyatakan pendirian berhubung rasa amat dukacita yang dizahirkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap kenyataan yang dibuat Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan beliau pada 20 Februari lepas.
Timbalan Pengerusinya Borhan Aman Shah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan membisu pimpinan PN Selangor yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan seolah-olah mereka sanggup membelakangi titah Sultan Sharafuddin semata-mata untuk menjaga hati pemimpin dan penyokong Pas.
Kenyataan itu merujuk kepada surat daripada pejabat Sultan Selangor pada 27 Feb lepas yang dihantar kepada Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Ab Halim Tamuri berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.
Borhan yang juga Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri berkata surat itu jelas menyatakan dukacita Sultan Selangor terhadap kenyataan Abdul Hadi yang menyinggung tanpa memahami secara menyeluruh titah ucapan Baginda.
Semalam, dalam hantaran yang dimuat naik menerusi Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa sedemikian dalam surat yang diutus kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjaya Pas Selangor itu.
Antara inti pati surat berkenaan adalah Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 15 Februari lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPN Selangor
#Perikatan Nasional
#Sultan Selangor
#zahir rasa dukacita
#Presiden Pas
#Abdul Hadi Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan