JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) menawarkan pelan pembangunan ekonomi Johor bagi tempoh 10 tahun sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memberi jaminan bahawa pengalamannya yang luas dalam memimpin negara serta pernah menjadi menteri besar Johor dapat membantu negeri ini.
"Ya, kita akan merangka pelan, mungkin 10 tahun ke hadapan, daripada sekarang ke 10 tahun, bagaimana Johor boleh melonjak dalam semua sektor ekonomi," katanya ketika soal jawab dan bersarapan bersama kira-kira 50 wakil pertubuhan bukan kerajaan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai strategi dan bentuk transformasi ekonomi yang akan dibawa oleh PN, di bawah pimpinannya, di Johor.
Bekas perdana menteri itu sebelum ini menawarkan diri menjadi penasihat ekonomi Johor sekiranya PN menang dalam PRN tersebut.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, satu pasukan yang akan dibentuk daripada kalangan pakar akan merangka pelan ekonomi baharu Johor.
Beliau juga akan mengarahkan menteri dalam sektor ekonomi berkaitan untuk turun memberi penerangan.
"Ini (pelan) akan mencakupi semua bidang perniagaan, peruncitan, pelancongan pertanian dan lain-lain.
"Johor ada potensi-potensi yang cukup baik...seperti pelancongan. Tapi apakah langkah lain yang kita buat, supaya pelancong akan datang ke Johor dan berbelanja besar misalnya. Itu penting untuk kita lihat," katanya.
Beliau berkata menerusi pelan itu juga, PN akan turut meneliti pendapatan per kapita rakyat terutama dengan pandemik yang telah menyebabkan kedudukan ekonomi segelintir besar masyarakat terjejas teruk.
"Usaha kita supaya ada peningkatan dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Ini akan memerlukan banyak perkara untuk kita lihat.
"Antara lain, kita juga nak lihat sebahagian besar anak kita yang sudah keluar daripada sistem pendidikan boleh dapat kerja," katanya yang juga Presiden Bersatu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Johor pada 26 Feb ini manakala pengundian awal pada 8 Mac dan hari mengundi pada 12 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022
Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, satu pasukan yang akan dibentuk daripada kalangan pakar akan merangka pelan ekonomi baharu Johor. - Bernama
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS menerusi syarikat telco terkemuka kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.