awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan ambil keterangan Ngeh Koo Ham

Bernama
Bernama
01/02/2018
12:58 MYT
Polis akan ambil keterangan Ngeh Koo Ham
Hasnan berkata keterangan kesemua saksi yang terlibat dalam kes itu telah diambil dan mereka memberi kerjasama sepenuhnya bagi pihak polis mendapatkan keterangan berkaitan. - Gambar fail
Polis akan mengambil keterangan Anggota Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham berhubung siasatan kes kebocoran maklumat sulit fail kerajaan negeri.
Ketua Polis negeri Datuk Hasnan Hassan berkata keterangan Ngeh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan diperlukan untuk melengkapkan siasatan.
"Sepucuk surat telah dihantar pada 26 Jan lalu kepada Ngeh bagi tujuan menjemput beliau memberi percakapan kepada pegawai penyiasat kanan polis.
"Polis sedang melengkapkan siasatan bagi tujuan menyemak sama ada kes tersebut mempunyai keterangan yang mencukupi atau tidak dan kes itu kini dalam proses polis untuk membuat keputusan terhadap kes yang disiasat mengikut Akta Hasutan 1948," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan kes itu menumpukan isu jenayah sebagaimana yang dilaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Hasnan berkata keterangan kesemua saksi yang terlibat dalam kes itu telah diambil dan mereka memberi kerjasama sepenuhnya bagi pihak polis mendapatkan keterangan berkaitan.
"Sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada beliau, pihak polis akan menggunakan peruntukan Seksyen 111 Kanan Prosedur Jenayah (Akta 593) sebagai satu arahan untuk beliau menghadiri penyiasatan ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fail kerajaan
#Hasnan Hassan
#kebocoran
#maklumat sulit
#Ngeh Koo Ham
#Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
#PKNP
#polis
#saksi
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan