awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan isu gambar aib tular Datuk Zamil

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2023
10:24 MYT
Polis buka kertas siasatan isu gambar aib tular Datuk Zamil
Zamil menunjukkan laporan polis dibuatnya yang dikongsikan di Facebook pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
ALOR SETAR: Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan gambar bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zamil Ibrahim didakwa mengaibkan yang tular di laman sosial Facebook dan Tik Tok.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, perkara itu masih dalam siasatan dan memaklumkan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan terbabit.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan polis dibuat Zamil yang mendakwa gambarnya dalam keadaan mengaibkan telah viral dan tersebar.
Menerusi akaun Facebook dan Tik Toknya, Zamil memaklumkan dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada Selasa lepas.
Bagaimanapun, Zamil memaklumkan foto disebarkan terbabit adalah gambar dirinya memakai boxer diambil secara curi oleh individu tertentu sebagai cubaan mengaibkan dirinya.
Beliau turut mempersoalkan mengapa gambar yang diambil secara curi individu terlibat kemudiannya diberikan kepada orang lain untuk didedahkan kepada umum.
Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada pihak polis melakukan siasatan terhadap perkara terbabit dan tindakan pihak tertentu yang cuba menjatuhkan imejnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zamil Ibrahim
#gambar aib
#Gambar tular
#bekas Presiden KITA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan