awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik fitnah di media sosial perlu ditangani segera - Perwakilan UMNO

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2016
04:00 MYT
Politik fitnah di media sosial perlu ditangani segera - Perwakilan UMNO
Datuk Mohd Rafi Ali Hassan bimbang rakyat akan terpengaruh dengan politik persepsi yang dimainkan pembangkang di media sosial. Astro AWANI/Shahir Omar
UMNO perlu segera tangani politik fitnah dan persepsi negatif di media sosial yang dimainkan pembangkang, kata Ketua Pemuda UMNO Labuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.
Katanya, langkah itu perlu disegerakan kerana ia boleh memperbetulkan tanggapan serong terhadap UMNO dan kerajaan.
Mohd Rafi berkata beliau bimbang rakyat akan terpengaruh dengan politik persepsi yang dimainkan pembangkang di media sosial sekali gus menenggelamkan usaha pembangunan dan kebajikan dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan.
"Kerja pembangkang buat fitnah agar rakyat bersama mereka sehinggakan rakyat sudah tidak pandai menilai yang mana satu kaca dan mana satu permata," katanya seperti dilaporkan Bernama.
Manakala Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran Shahaniza Shamsuddin pula mencadangkan agensi kerajaan mewujudkan unit media sosial masing-masing sehingga ke peringkat daerah di setiap negeri bagi memaklumkan projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.
Shahaniza berkata ini kerana sering berlaku, maklumat mengenai projek yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak sampai kepada rakyat.
"Kerajaan juga memerlukan satu pusat sehenti untuk penyaluran maklumat agensi kerajaan agar dapat memantau dan menghebahkan maklumat mengenai usaha kerajaan yang dilaksanakan kepada umum," katanya.
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kepong Hazrene Begum Mohd Husin berkata golongan muda dalam UMNO perlu menjadikan media sosial sebagai instrumen untuk meyakinkan orang muda terhadap perjuangan parti.
"Kepantasan maklumat disampaikan kini melalui gajet elektronik menerusi aplikasi media sosial yang menjadi trend bukan saja golongan muda malah golongan yang berumur," katanya.
Beliau memberikan contoh pengaruh media sosial dapat dilihat keberkesanannya sewaktu pemilihan presiden Amerika Syarikat yang menyaksikan peranan maklumat dihujung jari amat besar dan berpengaruh.
Topic Berkaitan
#media sosial
#Mohd Rafi Ali Hassan
#PAU
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan