MELAKA: Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mencabar Datuk Seri Idris Haron untuk bertanding di kawasan sama sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijalankan.
Tegasnya, bekas Ketua Menteri Melaka itu seharusnya sedar akan tindakannya yang disifatkan sebagai mengkhianati jentera UMNO yang telah memenangkan beliau sebagai wakil rakyat.
"Banyak benda cuba diputar belitkan Idris, saya fikir benda ini tak payahlah. Kalau betul gentleman, dalam PRN kita bertanding.
"Saya cabar beliau, nak bertanding di mana, saya akan ikut beliau bertanding di mana, untuk menentukan sejauh mana rakyat memilih kepimpinan, dalam menentukan siapa benar-benar ikhlas dalam perjuangan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohamad Ali yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara itu turut menegaskan bahawa akar umbi UMNO akan menolak dua wakil rakyat yang berpaling tadah dan bersekongkol dengan pihak lawan.
"Tidak perlu aibkan mana-mana pihak, Melaka sudah isytihar pembubaran DUN, kita hadap PRN dan terangkan manifesto. Beliau boleh bawa dengan rakan karib beliau daripada parti DAP.
"Silakan Idris, Datuk Nor Azman Hassan, jika kamu nak bersekongkol dengan parti cauvinis, jika kamu nak mengkhianati UMNO, silakan.
"Di peringkat akar umbi di cawangan UMNO Kampung Merah Jaya sekalipun, saya yakin tiada ahli UMNO ingin bersama beliau. Begitu juga Kampung Klebang Kecil, masih setia dengan UMNO.
"Biarkan dia bersama perjuangan dia dengan parti cauvinis," katanya lagi.
Tegas Mohamad Ali, beliau yakin UMNO akan menjadi lebih kuat dan bakal memenangi dua pertiga kerusi DUN dalam PRN Melaka sekiranya dilaksanakan.
Mengulas lanjut, beliau turut bersedia menerima tawaran daripada bekas Idris, bekas ADUN Sungai Udang, untuk berhujah.
"Insya-Allah kali ini UMNO akan lebih kuat, UMNO ada keyakinan menang dua pertiga dalam PRN ini. Kita yakin rakyat Melaka bersama kita.
"Kerana, dalam meletakkan kepimpinan, kita perlu lakukan musyawarah bukan dengan mensabotaj parti yang telah menjayakan kita menjadi wakil rakyat," jelas Mohamad Ali lagi.
Fareez Azman
Thu Oct 07 2021
Mohamad Ali berkata, beliau yakin UMNO akan menjadi lebih kuat dan bakal memenangi dua pertiga kerusi DUN dalam PRN Melaka sekiranya dilaksanakan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRN Melaka: 'Idris, pilih tempat lain kalau nak ceramah, jangan ganggu mesyuarat UMNO' - Ahmad Maslan
Jelas Ahmad, Idris telah disahkan dilucut keahlian dan tidak sepatutnya bertindak demikian.
PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil kecoh, Idris muncul beri ucapan
Keadaan mula kecoh selepas ada antara Ahli Jawatankuasa UMNO yang mempersoalkan lokasi mesyuarat diadakan.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Saya akan cari siapa cabar saya, mungkin 'dia' berminat di Sungai Udang? - Idris
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mencabar Idris untuk bertanding melawannya dalam PRN Melaka jika dilaksanakan.
Operator tapak pelupusan dikompaun RM10,000 sisa air sampai ke sungai
Keputusan analisa sampel air menunjukkan, berlaku perlanggaran beberapa parameter yang ditetapkan.
Tangani banjir kilat: Melaka usaha banyakkan kolam takungan air di taman perumahan
Datuk Seri Idris Haron berkata langkah itu sudah dilaksanakan di beberapa taman perumahan dan ia dilihat berjaya mengatasi bencana itu.
Pecat Idris Haron suatu dakwaan mengarut - Sulaiman
Menurut Sulaiman, kenyataan itu adalah suatu yang tidak masuk akal dan ia sengaja dicetuskan oleh individu tidak bertanggungjawab
Idris Haron serah nasib kepada pucuk pimpinan BN tentukan kerusi yang akan ditandingi
Datuk Seri Idris Haron berkata, buat masa ini, kemenangan besar parti pada PRU14 lebih menjadi keutamaan berbanding kehendak peribadi.
Kerajaan negeri Melaka umum insentif khas penggali kubur
Bantuan sekali bayar itu akan memberi manfaat kepada dua penggali kubur di setiap 194 kariah di seluruh negeri Melaka.
Persempadanan semula pastikan wakil rakyat berkhidmat lebih efektif
Langkah itu bagi memberi peluang dan ruang kepada pemimpin masyarakat itu untuk menyalurkan perkhidmatan yang diamanahkan secara menyeluruh.