awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan

Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
15/10/2021
09:59 MYT
Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan
Ahmad berkata, ketika ini keputusan untuk menjalinkan sebarang kerjasama belum dimuktamadkan sehingga maklum balas dan maklumat diperoleh mencukupi. - Gambar fail
MASJID TANAH: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak menolak kemungkinan, kerjasama parti itu dengan parti lain dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh dijadikan contoh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Bagaimanapun jelasnya, ketika ini keputusan untuk menjalinkan sebarang kerjasama belum dimuktamadkan sehingga maklum balas dan maklumat diperoleh mencukupi.
"Kerjasama UMNO dan parti lain di Melaka boleh jadi contoh? Mungkin boleh dikatakan begitu, kita belum membuat keputusan dan memuktamadkan apa-apa perbincangan serta perundingan.
"Setakat ini, (kita sedang) mengumpulkan maklumat dan maklum balas supaya idea kita perolehi, kita boleh buat keputusan tepat (dalam menghadapi PRN Melaka)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pertemuan bersama jentera UMNO Bahagian Masjid Tanah di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut mengenai persiapan PRN, jelas Ahmad, UMNO Masjid Tanah boleh dijadikan contoh terbaik dalam aspek persiapan jentera di seluruh peringkat dalam menghadapi pilihan raya.
"Pada Ahad ini, lengkap enam bahagian UMNO saya akan perg... Ahad saya akan bersama UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya dan Alor Gajah.
"Tentulah saya akan merumuskan, contoh hari ini di Masjid Tanah, persiapan amat rapi... apa yang dibuat UMNO Masjid Tanah dari segi jentera Wanita, cawangan, Pemuda dan Puteri.
"Saya harap ia jadi contoh (kepada) lima lagi bahagian UMNO lain. Insya-Allah kita amat yakin dengan izin Allah, maka Masjid Tanah kawasan amat baik untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN)," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#politik melaka
#UMNO
#kerjasama parti
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan