awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan kurnia masjid baharu di Batu Muda
PBB kesal keputusan AS tarik diri daripada organisasi antarabangsa
Kastam catat kutipan hasil RM76.18 bil pada 2025, lepasi dua kali unjuran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik Perlis: 4 ADUN Bersatu angkat sumpah Exco, MB pegang enam portfolio

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
08/01/2026
06:15 MYT
Politik Perlis: 4 ADUN Bersatu angkat sumpah Exco, MB pegang enam portfolio
Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, kira-kira jam 11.30 pagi. - Gambar/ Bernama
ARAU: Seramai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis, pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Empat ADUN dari Bersatu Perlis diangkat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam Majlis Istiadat di Istana Arau oleh Raja Perlis.
  • Setiap ADUN diberi jawatan berbeza dalam jawatankuasa penting, termasuk agama, pertanian, pendidikan, serta belia dan sukan.
  • Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, memegang enam portfolio utama termasuk pentadbiran, ekonomi, keselamatan, dan infrastruktur.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, kira-kira jam 11.30 pagi.
Kesemua mereka adalah Izizam Ibrahim (ADUN Titi Tinggi), Marzita Mansor (ADUN Sena), Megat Hashirat Hassan (ADUN Pauh) dan Wan Zikri Afthar Ishak (ADUN Tambun Tulang).
Izizam memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Modal Insan manakala Marzita (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pendidikan, Perpaduan, Kebajikan dan Kemiskinan).
Megat Hashirat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Kesihatan, Keusahawan dan Koperasi dan Alam Sekitar manakala Wan Zikri Afthar (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Digital, Pengangkutan dan Sains, Teknologi dan Inovasi).
Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang enam portfolio melibatkan Pentadbiran dan Kewangan; Pelaburan dan Ekonomi; Tanah dan Sumber Asli; Pelancongam dan Seni Budaya; Infrastruktur dan Kemajuan Luar Bandar; serta Keselamatan dan Hubungan Sempadan.
Pada 28 Disember lepas, Abu Bakar yang juga ADUN Kuala Perlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar kesembilan susulan peletakan jawatan Mohd Shukri, yang juga ADUN Sanglang, secara sukarela atas faktor kesihatan.
Topic Berkaitan
#isu politik Perlis
#Exco baharu Perlis
#Menteri Besar Perlis
#Abu Bakar Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan