awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politiking berterusan hanya akan merugikan rakyat dan negara - Hajiji

Bernama
Bernama
23/01/2024
14:48 MYT
Politiking berterusan hanya akan merugikan rakyat dan negara - Hajiji
Hajiji berkata beliau tidak mahu Kerajaan Negeri Sabah diheret dalam permainan tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang terus-terusan bermain politik demi kepentingan mereka, atau politiking, hanya akan merugikan rakyat dan negara, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji berkata beliau tidak mahu Kerajaan Negeri Sabah diheret dalam permainan tidak bertanggungjawab itu sebaliknya hanya mahu terus fokus untuk merealisasikan dan memenuhi aspirasi rakyat yang mendambakan kemajuan, pembangunan serta kesejahteraan hidup.
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah itu berkata Kerajaan Perpaduan yang ada ketika ini juga berfungsi dengan cukup baik dan berkesan justeru itu, ia perlu terus didukung sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat serta kesinambungan pembangunan ekonomi negara.
"Sekarang ini adalah masanya untuk bekerja, berkhidmat dan berbakti bagi memenuhi aspirasi rakyat."Kerajaan negeri juga akan sentiasa bersama-sama pimpinan Kerajaan Persekutuan dalam memperjuang serta membela nasib rakyat demi kemajuan dan kesejahteraan negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena lawatan rasmi kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor ke Sabah yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Hajiji berkata Sabah tetap komited untuk terus menyokong kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang cubaan untuk mengganggu-gugat pentadbiran negara ketika ini.
"Pendirian ini kita tegaskan lagi setelah mendengar desas-desus wujudnya Langkah Dubai, konon untuk menukar Kerajaan Persekutuan. Kita terus bekerja untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat sehingga penggal kerajaan (negeri Sabah) sekarang berakhir pada September 2025," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#politik
#Sabah
#Hajiji Noor
#rakyat
#negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan