awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Poster tarikh penting berkaitan PRN Sabah ke-17 palsu - Setiausaha SPR

Bernama
Bernama
10/09/2025
11:45 MYT
Poster tarikh penting berkaitan PRN Sabah ke-17 palsu - Setiausaha SPR
Setiausaha SPR berkata sehingga kini, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat berkaitan pembubaran DUN Sabah mahupun penetapan tarikh-tarikh penting bagi PRN. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menegaskan bahawa poster yang tular di media sosial memaparkan tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata sehingga kini, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mahupun penetapan tarikh-tarikh penting bagi PRN.
"Pihak SPR juga ingin menegaskan bahawa maklumat mengenai pilihan raya termasuk tarikh-tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari mengundi hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi SPR iaitu laman portal rasmi SPR, sidang media dan kenyataan media.
"Penyebaran maklumat palsu seumpama ini merupakan suatu perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu didapati menyebar, berkongsi atau menerbitkan maklumat palsu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang lain yang berkaitan.
"SPR menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan sebarang maklumat tidak sahih. Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat tepat dan sahih hanya daripada saluran rasmi SPR," katanya.
Topic Berkaitan
#PRN Sabah ke-17
#Dewan Undangan Negeri Sabah
#laman portal rasmi SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan