Kemuncak kemelut politik di negeri Melaka dijangka bakal berakhir hari ini.
Ia susulan pertemuan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan Umno negeri Melaka bersama Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob tengahari tadi.
Terdahulu, Ahmad Zahid dilihat memasuki Kompleks Seri Negeri kira-kira jam 12.00 tengahari diikuti beberapa kenderaan membawa pimpinan Umno negeri.
Pertemuan itu dijangka membincangkan berkenaan kemelut politik negeri itu serta calon Ketua Menteri yang baharu.
Ahmad Zahid kemudian dijadualkan bakal mengadakan sidang media khas di Ayer Keroh sejurus selesai pertemuan bersama Tun Mohd Khalil Yaakob.
Perikatan Nasional sebelum ini mendapat 17 sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekaligus menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari terbubar.
Bagaimanapun, sehingga kini belum dipastikan bila Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal diadakan.
Fareez Azman
Wed Mar 04 2020

Kenderaan membawa Ahmad Zahid dilihat memasuki Kompleks Seri Negeri kira-kira jam 12.00 tengahari diikuti beberapa kenderaan membawa pimpinan Umno negeri. - Foto Astro AWANI

COVID-19 | Unit perubatan tentera dikerah serata Pyongyang
Pasukan perubatan ketenteraan Korea Utara dikerah ke serata Pyongyang dalam menangani penularan COVID-19 yang semakin memburuk. Langkah ini menyusul selepas arahan yang dibuat Presidennya, Kim Jong Un yang mengerah anggota tenteranya, selepas ibu negara itu mencatatkan jumlah COVID-19 yang tinggi sejak minggu lalu.

COVID-19 Shanghai | Selepas 6 minggu, penduduk dibenar keluar rumah
Kebanyakan penduduk di bandar Shanghai mula menikmati kelonggaran untuk keluar dari kediaman masing-masing ketika hab kewangan China itu melonggarkan sekatan secara beransur-ansur. Satu rakaman video dikongsikan media tempatan menunjukkan, salah sebuah kejiranan mula memperlihatkan orang ramai berjalan di sekitar kawasan kediaman selepas lebih enam minggu menjalani perintah berkurung.

Bantuan RM200 kepada pesawah untuk enam bulan sementara tunggu hasil tuaian - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.

Kerjasama | PKNS-UiTM meterai MoU pelihara SACF
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF). Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata Hutan Komuniti PKNS yang terletak di Bandar Sierra Alam itu akan terus dipulihara sebagai habitat flora dan fauna serta kawasan ekologi.

Denggi | Pelepasan nyamuk Wolbachia kurangkan 40% kes
Pelepasan lebih tiga juta biji telur nyamuk Aedes Wolbachia mampu mengurangkan 40 peratus kes demam denggi di bandar raya Johor. Pelepasan telur itu dibuat secara 14 peringkat yang mengambil masa dua tahun 20 minggu.

Hari Guru | Pengetahuan digital bantu guru serlah potensi pelajar
Sukar mendapatkan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, 'memaksa' guru berfikiran lebih kreatif dan menggunakan semua sumber yang dimiliki.

Pembaziran Makanan | Tingkat advokasi masyarakat
Malaysia perlu meningkatkan advokasi dan libat urus dengan masyarakat mengenai masalah pembaziran makanan. Profesor dan Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata perkara itu perlu dilakukan selari kesediaan masyarakat untuk mengubah mentaliti dan gaya hidup.

Ban Pecah | MAFI luluskan RM2.5 juta bagi proses baik pulih
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi proses membaik pulih runtuhan ban kanan Terusan Tengah di struktur Alor Limpah, Sungai Santap, Pelubang. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka mengambil masa 14 hari.

Ladang Ternakan Ayam | FLFAM nafi penutupan dua hari sebagai protes
Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan notis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka, sebagai protes terhadap kerajaan yang didakwa lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. Menurut Penasihatnya Datuk Jeffrey Ng, penghentian pengoperasian sesebuah premis itu adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan ladang berkenaan itu juga, jelas tidak akan mengganggu rantaian bekalan.

Kes Bunuh Tetak | Polis rakam keterangan wanita, giat kesan 4 suspek
Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam pada Sabtu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.

ADUN Pasir Berdamar Terence Naidu hantar representasi gugur pertuduhan salah guna dadah
ADUN Pasir Bedamar itu mendakwa pertuduhan yang dibuat ke atasnya tidak berasaskan bukti yang kukuh.

MCA gantung keahlian Tee selama lima tahun
Bekas ADUN Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Kiong hari ini mengesahkan keahliannya dengan parti MCA digantung selama lima tahun berkuat kuasa Jumaat lepas.

29 Jun tarikh keputusan kes dakwaan rogol pembantu rumah Paul Yong
Sama ada Paul Yong Choo Keong didapati bersalah atau dibebaskan atas tuduhan merogol pembantu rumahnya.

Kerajaan diminta ambil tindakan segera tangani banjir kilat di Putatan
Kerajaan diminta mengambil tindakan segera mengatasi masalah banjir kilat di daerah ini yang turut menjejaskan beberapa sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Tombovo dan kampung berdekatan.

Perak sediakan 1,000 RTK-Ag kepada 59 pusat khidmat ADUN
Pemberian kit dalam masa terdekat itu diharap dapat mengawal dan memutuskan rantaian COVID-19 pada peringkat awal.

172,500 kampit beras mula diedar ke setiap isi rumah Johor hari ini
Sebanyak 172,500 kampit beras mula diedarkan secara serentak hari ini yang melibatkan setiap isi rumah di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Isteri ADUN Serting meninggal dunia
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Keli, Batu Kikir selepas solat Zohor hari ini.

ADUN Pasir Berdamar Terrance Naidu didakwa ambil dadah
Terrance Naidu didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Johor akan perhalusi Enakmen Antilompat Parti
Kerajaan Johor akan memperhalusi dan melaksanakan Enakmen Antilompat Parti di negeri itu.

Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam Perak, bekas ADUN RM500
Penjawat awam negeri Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1,000 pada 25 April ini.