awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prestasi negeri yang ditadbir PH-BN amat baik - PM Anwar

Bernama
Bernama
11/08/2023
12:28 MYT
Prestasi negeri yang ditadbir PH-BN amat baik - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Gulai Kalut Hot Stall sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Qaryah Kampung Perlis hari ini. - Foto BERNAMA
BALIK PULAU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menunjukkan prestasi yang sangat baik berbanding negeri-negeri lain.
Dalam menolak hasil tinjauan bebas Ilham Center yang mengatakan bahawa hanya satu daripada empat orang Melayu di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini berpuas hati dengan prestasi beliau sebagai perdana menteri, Anwar berkata beliau sangat optimis dengan visinya untuk mengangkat martabat negara.
"Saya tidak setuju (dengan tinjauan), ia analisis yang cacat, mungkin mereka ambil Kelantan (pengundi) berbanding Selangor (pengundi), tetapi banyak negeri yang di bawah pentadbiran kami.., kami tadbir dengan amat baik. Saya sangat optimis," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Qaryah Kampung Perlis, Pulau Pinang.
Beberapa media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa tinjauan Ilham Center menunjukkan bahawa hanya seorang daripada empat orang Melayu di negeri yang terlibat dengan PRN, berpuas hati dengan prestasi Anwar sebagai perdana menteri.
Ia berdasarkan kaji selidik ke atas 2,416 responden di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang yang dijalankan oleh Ilham Centre pada bulan Julai.
Terdahulu, ketibaan Anwar kira-kira 1.30 tengah hari disambut oleh Imam yang mengetuai solat Jumaat, Muhammad Arief Bakri sebelum menyampaikan khutbah bertajuk, "Istiqomah Berunah ke Arah Kebaikan" kepada lebih 100 jemaah yang hadir.
Turut hadir menunaikan solat Jumaat adalah calon gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Betong Mohd Tuah Ismail dan Telok Bahang Ahmad Zaki Shah Shah Headan.
Esok adalah hari pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan yang diadakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#negeri ditadbir PH-BN
#prestasi amat baik
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Ilham Center
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan