awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: Cuaca diramal hujan pada hari penamaan calon

Bernama
Bernama
10/04/2025
06:26 MYT
PRK Ayer Kuning: Cuaca diramal hujan pada hari penamaan calon
MetMalaysia turut memaklumkan ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang. - Gambar hiasan/Bernama
IPOH: Cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu ini diramalkan hujan pada sebelah pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemas kini ramalan cuaca khas di laman rasmi Facebooknya turut memaklumkan ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang.
"Rancang perjalanan anda dengan sebaiknya.
"Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web kami di www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat," menurut kemas kini itu.
Orang ramai yang mahu mengetahui maklumat cuaca boleh memuat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store.
Mereka juga boleh mendapatkan maklumat serta informasi cuaca yang pantas dan sahih menerusi saluran Telegram https://t.me/metmalaysia.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan hari penamaan calon pada 12 April dan hari pengundian awal pada 22 April.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan selepas kematian penyandangnya Ishsham Shahrudin pada Februari lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini
Topic Berkaitan
#PRK Ayer Kuning
#penamaan calon
#diramal hujan
#cuaca
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan