awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: Enam calon disenarai untuk pertimbangan - Saarani

Bernama
Bernama
01/03/2025
09:48 MYT
PRK Ayer Kuning: Enam calon disenarai untuk pertimbangan - Saarani
Saarani berkata pada mesyuarat jawatankuasa bahagian itu semalam, beliau telah diberi mandat untuk menghantar nama lapan calon daripada UMNO Bahagian Tapah. - Gambar fail/Astro AWANI
TAIPING: Enam calon daripada peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah disenaraikan setakat ini untuk dipertimbangkan Majlis Tertinggi UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pengerusi UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata senarai calon yang telah dipersetujui antaranya adalah Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua, setiausaha, ketua penerangan, bendahari, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri UMNO Bahagian Tapah.
"Mengikut perlembagaan UMNO fasal 15.13.1, jawatankuasa UMNO bahagian hendaklah menyediakan cadangan nama, mereka boleh mencadangkan (namun) keputusan di peringkat Majlis Tertinggi... dan Presiden Parti," katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan kilang Green Excel Manufacturing Sdn Bhd di Kamunting dekat sini hari ini.
Saarani berkata pada mesyuarat jawatankuasa bahagian itu semalam, beliau telah diberi mandat untuk menghantar nama lapan calon daripada UMNO Bahagian Tapah.
"Jika daripada lapan calon itu, ada dalam kalangan mereka yang berhasrat menarik diri, boleh WhatsApp kepada saya. Setakat ini sudah dua orang WhatsApp kepada saya minta untuk menarik diri.
"Bermakna ada enam yang akan dipertimbangkan, bergantung kepada kemungkinan yang akan WhatsApp kepada saya (tarik diri) - itu tidak pasti," katanya.
Saarani berkata kriteria calon yang akan diketengahkan pada PRK kali ini adalah seperti yang telah diumumkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu WALI yang bermaksud boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disenangi (likeable).
"Sudah tentu kita ada calon yang menepati kriteria itu, dan saya yakin sebaik sahaja nama calon terpilih itu kita umum, dia akan mendapat sokongan daripada semua, sebab semalam kita telah berjanji bahawa daripada lapan nama yang kita hantar itu, satu sahaja yang akan dapat (jadi calon), yang lain itu akan bertungkus lumus untuk memenangkannya," katanya.
Semalam Speaker DUN Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid menyerahkan notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning kepada SPR berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin.
Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang pada 22 Feb lepas.
Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah sejak 2018 memenangi DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 dengan memperoleh 2,213 majoriti undi dalam persaingan lima penjuru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Ayer Kuning
#Saarani Mohamad
#senarai calon
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan