POLITICS
PRK Ayer Kuning: Ibu tunggal cekal bawa tiga anak istimewa keluar mengundi

Suzana (dua, kiri) membawa tiga anak istimewanya Muhammad Khir Khairul Nizam, Nur Fatimah Khairul Nizam (kanan) dan Nurul Ashikin Khairul Nizam (kiri) menunaikan tanggungjawab mengundi hari ini. - Foto Bernama
TAPAH: Seorang ibu tunggal tetap membawa tiga anak istimewanya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini, walaupun berdepan cabaran menguruskan mereka di pusat pengundian.
Ringkasan AI
- Seorang ibu tunggal membawa tiga anaknya yang menghidap autisme untuk mengundi pada PRK DUN Ayer Kuning, walaupun menghadapi cabaran menguruskan mereka seorang diri.
- Suzana Ilias menekankan bahawa anak-anaknya, walaupun dalam golongan OKU, tetap mempunyai hak untuk mengundi dan memilih pemimpin.
- Suzana menguruskan anak-anaknya dengan penuh dedikasi selepas kehilangan suami, memastikan mereka dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
"Walaupun dua daripada mereka boleh menguruskan diri sendiri, seorang lagi (Nur Fatimah) masih perlu dipantau rapi. Dia agak takut dengan suasana orang ramai, sebab itu saya selalu peluk dia," katanya ketika ditemui Bernama di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor, di sini.
Suzana berkata walaupun anak-anaknya dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mereka tetap mempunyai hak untuk mengundi dan memilih pemimpin.
"Saya ada ajar sikit tentang proses mengundi, selebihnya terpulang kepada mereka untuk buat pilihan sendiri," katanya yang tidak bekerja dan menetap di Rumah Awam Tiga, Bidor di sini.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami