POLITICS
PRK Ayer Kuning: Peratusan keluar mengundi masih rendah - SPR

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun bercakap kepada media selepas meninjau pusat mengundi pada PRK DUN Ayer Kuning di Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor hari ini. - Foto Bernama
TAPAH: Kadar peratusan mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada sebelah pagi masih rendah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun.
Ringkasan AI
- Setakat 11 pagi, hanya 26.36% daripada 31,281 pengundi berdaftar bagi PRK DUN Ayer Kuning telah mengundi. SPR tetap optimis sasaran 70% pengundian dapat dicapai.
- SPR menyeru pengundi agar keluar awal untuk mengundi kerana cuaca yang tidak menentu. Proses pengundian berjalan lancar di 19 pusat dengan 63 saluran yang dibuka serentak.
- Hari ini merupakan proses pengundian untuk memilih wakil rakyat baharu bagi DUN Ayer Kuning yang diadakan sehingga jam 6 petang.
Justeru, beliau menyeru pengundi berdaftar supaya keluar lebih awal memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Ramlan berkata proses pengundian setakat ini, berjalan lancar dan berharap momentum sedemikian dapat kekal hingga pusat pengundian ditutup 6 petang ini.
Sebanyak 19 pusat mengundi dengan 63 saluran telah dibuka serentak pada 8 pagi tadi bagi PRK DUN Ayer Kuning.
Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami