awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri 'WALI' - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
26/02/2025
07:45 MYT
PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri 'WALI' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (tengah) akan berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan. -Bernama
ROMPIN: UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria dan ciri 'WALI' -boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disenangi (likeable) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Ringkasan AI
  • UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria 'WALI' (winnable, acceptable, likeable) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.
  • Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akan berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan.
  • PRK DUN Ayer Kuning perlu diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan.
"Kita beri peluang kepada semua kumpulan dan kita akan senarai pendek bakal-bakal calon berkenaan," kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) FELCRA Berhad di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pemuda UMNO yang dilaporkan mempunyai calon yang berpotensi dan tidak menolak kemungkinan untuk melobi bagi PRK DUN Ayer Kuning, susulan kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, Sabtu lepas.
Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang.
Sehubungan itu, PRK DUN Ayer Kuning perlu diadakan memandangkan penggal DUN ke-15 Perak belum mencapai tempoh mandat tiga tahun.
Berhubung kenyataan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal memimpin Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16, Ahmad Zahid berkata itu adalah harapan Nazri, termasuk pihaknya dalam kerajaan MADANI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#PRK Ayer Kuning
#wali
#winnable acceptable likeable
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan