Selesai sudah pencalonan bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN di Selangor - Balakong dan Seri Setia pada Sabtu yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) menentang MCA di Balakong dan PH menentang PAS di kerusi Seri Setia.
Calon PH Wong Siew Ki dan calon MCA Tan Chee Teong akan merebut kerusi DUN Balakong berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam satu kemalangan jalan raya 20 Julai lepas.
Manakala di Seri Setia ia melibatkan calon HARAPAN, bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Halimey Abu Bakar, 46; dan calon Pas, yang juga bekas anggota Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali, 58.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas
Sama seperti DUN Sungai Kandis sebelum ini, keputusan kedua-dua PRK itu tidak akan mengubah kerajaan yang memerintah di negeri paling maju itu kerana majoriti besar yang dimiliki PH - menang 51 daripada 56 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
BACA: DUN Balakong saksi pertandingan satu lawan satu
BACA: Satu lawan satu di PRK Seri Setia
Keputusan PRK pertama bagi kerusi Sungai Kandis itu menyaksikan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menang dengan majoriti 5,842 undi, menumpaskan saingan dari Barisan Nasional Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K Murthy yang hilang wang pertaruhan.
Mohd Zawawi ketika itu menggunakan logo PKR untuk berkempen, manakala Lokman, dari UMNO masih menggunakan logo BN, gabungan yang kini hanya tinggal tiga parti komponen - UMNO, MCA dan MIC, berbanding 13 parti komponen sebelum PRU14.
Apa yang menarik perhatian pada PRK kali ini ialah buat kali pertama PH menggunakan logonya, yang terdiri daripada empat parti gabungan iaitu PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Keempat-empat parti gabungan itu sebelum ini menggunakan logo PKR pada PRU14, kerana berhadapan masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Senario selepas PRU14 juga mencetus perkembangan terbaru daripada MCA, yang buat pertama kali pada PRK kali ini menggunakan logo parti sendiri berbanding `dacing' BN yang pernah dipersetujui gabungan parti antara UMNO, MCA dan MIC pada era Perikatan, dan BN pada 1974.
Alasan bagi MCA yang gagal memenangi satu kerusi pun pada PRU14 lepas disifatkan mahu berubah dan menguatkan parti, walaupun sedar akan cabaran menggunung untuk menang di Balakong tanpa pertolongan UMNO yang menyatakan tidak akan membantu jentera kempen MCA di kawasan majoriti kaum Cina itu.
Ini dizahirkan apabila tidak kelihatan langsung pemimpin kanan dari UMNO atau MIC yang hadir mengiringi calon MCA pada penamaan calon di Dewan Utama Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Bangi, dekat sini.
Persoalannya adakah perubahan logo-logo membawa tuah kepada parti-parti yang bertanding?.
Namun bagi kerusi DUN Seri Setia, pemimpin-pemimpin UMNO kelihatan hadir memberikan sokongan moral kepada PAS di Dewan Sivik Petaling Jaya, tempat berlangsungnya proses penamaan calon bagi DUN Seri Setia, menepati janji untuk memberikan laluan kepada PAS selepas parti Islam itu tidak bertanding di Sungai Kandis.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Lokman Noor Adam yang juga bekas calon PRK Sungai Kandis, Pengerusi UMNO Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Wanita UMNO Datuk Noraini Ahmad hadir mengiringi Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan tindakan ini direstui oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sendiri.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menyuntik beberapa perubahan pada proses pengundian kali ini seperti tempoh berkempen selama 21 hari; tambahan saluran mengundi untuk warga emas; tambahan saluran keseluruhan dari 100 kepada 129 saluran mengundi di Balakong; dan tambahan 24 saluran di Seri Setia, selain tempoh masa mengundi dilanjutkan hingga pukul 5.30 petang.
Dari sudut keselamatan dan ketenteraman awam walaupun proses penamaan calon yang dijalankan pada pukul 9 hingga 10 pagi semalam berjalan lancar, polis tetap mengingatkan penyokong parti agar tidak membuat provokasi sesama mereka dan memohon permit berceramah dengan lebih awal demi mengelakkan masalah pada saat akhir.
Sebanyak 62,219 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK DUN Balakong, mengikut daftar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang telah dikemaskini sehingga 2 Julai lalu.
Manakala untuk PRK Seri Setia terdapat 53,492 pemilih berdaftar sehingga suku pertama Tahun 2018 yang dikemas kini sehingga 2 Ogos 2018.
Pengundian akan diadakan pada 8 Sept depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 18 2018
Dua penyokong PH menunggu ketibaan calon di persimpangan lampu isyarat di Pusat Penamaan Calon bagi PRK N27 DUN Balakong di Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah Hulu Langat, Bangi, 18 Ogos, 2018. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau