awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Mahkota: PN tangguh tarikh pengumuman calon

Sinar Harian
Sinar Harian
08/09/2024
06:16 MYT
PRK DUN Mahkota: PN tangguh tarikh pengumuman calon
Sahruddin berkata, penangguhan itu dilakukan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan selain berkaitan dengan pengurusan parti. - Sinar Harian
KLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan menangguhkan pengumuman calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang sepatutnya diadakan pada Isnin.
Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, penangguhan itu dilakukan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan selain berkaitan dengan pengurusan parti.
"Hari ini, semua pemimpin PN terlibat dalam sambutan Hari Ulang Tahun ke-8 Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala esok mesyuarat kepimpinan tertinggi PN.
"Hari ini juga, saya akan berbincang dengan kepimpinan pusat untuk menentukan tarikh sebenar pengumuman calon itu nanti, mungkin lusa (Selasa)," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Jumaat lalu, Presiden PN, Tan Sri Muhyidin Yassin ketika ditemui dalam Kenduri Rakyat di Kampung Bentong memberitahu PN dijangka mengumumkan calon PRK DUN Mahkota dalam tempoh tiga hari lagi.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya sudah menyenarai pendek senarai calon yang dikemukakan kepimpinan negeri bagi berdepan PRK DUN Mahkota.
Sebelum itu, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Keputusan PN bertanding mewakilli gabungan itu dibuat memandangkan kerusi itu sebelum ini milik Bersatu.
PRK DUN Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 2 Ogos lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRK DUN Mahkota
#Perikatan Nasional
#penamaan calon
#Penangguhan
#sahruddin jamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan