awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NIOSH sedia bantu perkukuh pengurusan risiko gas, bahan kimia berbahaya
[TERKINI] Kolaborasi Agung: Bersatu ambil sikap terbuka, bakal pertimbang cadangan Zahid
Jika itu singgung DAP, saya tarik balik apa yang saya sebutkan - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Rantau: 'Uncle Kentang' turun kempen calon Bebas

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
02/04/2019
13:59 MYT
PRK DUN Rantau: 'Uncle Kentang' turun kempen calon Bebas
CHEE HENG: Saya menyokong usaha beliau dalam mengangkat suara rakyat, namun saya rasa dia akan kalah deposit.
Calon Bebas di DUN Rantau, Malarvizhi Rajaram melancarkan manifesto kempennya pada malam Selasa.
Beliau yang turut menjemput aktivis masyarakat yang juga bekas Calon PRK DUN Semenyih, Kuan Chee Heng, menggariskan enam fokus dalam manifestonya iaitu kitar semula, baik pulih, pintar, pengangkutan, banjir, dan anda (rakyat).
Walaupun dalam keadaan kekurangan, beliau masih bersemangat melancarkan manifestonya hanya dengan sebuah komputer riba.
“Saya tidak mahu menjadi suara masyarakat. Saya mahu masyarakat buka mulut dan bercakap.
“Berikan Rantau kepada saya. Saya minta Rantau untuk mewakili anda di DUN. Berikan Rantau kepada saya,” katanya di Pekan Rantau.
Dalam pada itu, Chee Heng atau popular dengan panggilan 'Uncle Kentang' berkata, beliau sedia memberi sokongan kepada Malarvizhi walaupun diakui calon Bebas itu akan kehilangan deposit.
“Saya menyokong usaha beliau dalam mengangkat suara rakyat, namun saya rasa dia akan kalah deposit. Negara kita tiada trend untuk memilih calon dan mereka masih pegang atau memilih parti,” ujarnya.
Beliau pada masa sama kagum dengan semangat calon bebas itu walaupun serba kekurangan semasa berkempen.
“Saya sedih tengok dia sampai lampu tiada. Namun saya tengok semangat itu ada dalam sistem demokrasi ini,” tambah beliau.
Topic Berkaitan
#calon Bebas
#Malarvizhi Rajaram
#Manifesto
#PRK DUN Rantau
#Rantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan