awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Jepak: GPS akan umum manifesto - Awang Tengah

Bernama
Bernama
22/10/2023
09:55 MYT
PRK Jepak: GPS akan umum manifesto - Awang Tengah
Calon GPS PRK bagi DUN Jepak, Iskandar Turkee (tengah) menyantuni penduduk setempat ketika berkempen di Kampung Warisan Jepak pada Ahad. - Gambar/ Bernama
BINTULU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memperkenalkan manifesto untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dalam masa terdekat..
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata manifesto itu sedang diperincikan dan akan memberi tumpuan kepada aspek pembangunan di kawasan Jepak.
"Menerusi manifesto ini kita akan mengemukakan perancangan untuk masa depan dan projek yang kita akan laksanakan di kawasan Jepak," katanya kepada pemberita di Kampung Warisan Jepak di sini hari ini.
Sementara itu, Awang Tengah yang juga Pengarah Pilihan Raya GPS Jepak berkata gabungan itu turut mengalu-alukan bantuan daripada parti-parti Kerajaan Perpaduan termasuk Barisan Nasional untuk turut membantu semasa tempoh kempen PRK itu.
PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon GPS Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.
PRK DUN Jepak pada 4 Nov ini diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.
GPS dianggotai PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Jepak di sini
Topic Berkaitan
#PRK DUN Jepak
#PRK Jepak
#Awang Tengah Ali Hasan
#Manifesto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan