awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/09/2023
14:48 MYT
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat menafikan persepsi bahawa kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kerana ‘undi simpati’.
Sebaliknya, Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
“Kalau dibandingkan dengan majoriti yang lepas memang lah kecil, tetapi PRK ini peratusan keluar undi yang kecil, sekitar 47 peratus berbanding yang lepas.
“Jadi saya rasa ini satu majoriti yang meyakinkan.
“Saya kira begini yang kita terangkan kepada pengundi adalah kepentingan Kerajaan Perpaduan itu. Kenapa rakyat perlu mengundi dan memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan untuk kestabilan, dan dengan kestabilan itu akan mewujudkan keadaan dalam negara yang lebih baik, ekonomi yang baik dan pelabur-pelabur akan datang ke negara kita.
“Saya kira bukan simpati lah tetapi lebih kepada keperluan untuk kestabilan negara,” katanya kepada pemberita di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini.
KEPUTUSAN RASMI DAN TIDAK RASMI DI SINI
Terdahulu, Suhaizan yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor memperoleh sebanyak 48,283 undi, sekali gus menewaskan pencabar terdekatnya, Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN).
Zulkifli yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai memperoleh 29,642 undi.
Ini sekali gus menyaksikan Suhaizan menang selesa dengan majoriti undi 18,641.
Sementara, calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi memperoleh 528 undi, sekali gus hilang deposit.
Topic Berkaitan
#PRK Johor
#Pulai
#Simpang Jeram
#Suhaizan Kayat
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan