Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akhir-akhir ini diibarat ceramah percuma untuk menarik pengundi menyokong calon Pakatan Rakyat semasa pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh dan Rompin pada Mei ini.
Bekas presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, tindakan Dr Mahathir itu dilihat lebih kepada langkah merosakkan kredibiliti Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN) daripada usaha membantu memberi kemenangan parti pada kedua-dua PRK berkenaan.
"Sebagai bekas perdana menteri, Dr Mahathir perlu berbincang dengan Najib. Jika Dr Mahathir rasa Najib salah, dia boleh 'sepak' sahaja perdana menteri tetapi perlu dilakukan secara tertutup.
"Apa yang dilakukan Dr Mahathir banyak memusnahkan BN dan akhirnya membawa kerugian kepada parti.
"Kita tidak tahu apa matlamat Dr Mahathir buat semua ini kepada Najib, namun ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Soi Lek mengulas tindakan Dr Mahathir yang memberi kritikan terbuka kepada Najib akhir-akhir ini.
BACA: Najib senang dibawa berbincang - Samy Vellu
BACA: Jentera BN akan beri penjelasan terhadap kritikan Tun M - Muhyiddin
BACA: Dr Mahathir akui mahu Najib jadi PM kerana kenang jasa Tun Razak
Pada Isnin, bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berkata, Dr Mahathir harus bersemuka dan berbincang dengan Najib sebelum mengeluarkan sebarang kritikan secara terbuka.
Kata Samy Vellu, Dr Mahathir sebagai veteran yang disanjungi ramai seharusnya sedar bahawa Najib merupakan seorang pemimpin yang senang dibawa berbincang.
Dalam pada itu Soi Lek menambah, semua kritikan Dr Mahathir akan digunakan sepenuhnya pada PRK Rompin dan Permatang Pauh dalam ceramah Pakatan Rakyat.
"Semua isi kandungan hujah Dr Mahathir digunakan sepenuhnya oleh pembangkang dalam siri ceramah mereka. Ini ibarat Dr Mahathir yang memberi ceramah percuma kepada pengundi pembangkang. Suka atau tidak ia sudah terjadi.
"Semua hujah Dr Mahathir akan digunakan sepenuhnya dan diperalatkan pembangkang untuk kepentingan mereka," jelasnya.
Dalam pada itu ketika ditanya situasi semasa Soi Lek dan penglibatannya dalam politik hari ini, ini katanya;
"Sekarang masih OK, walupun umur sudah 68 tetapi hati masih seperti orang muda jika berjalan dan naik bukit."
Semasa menjadi Presiden MCA, Soi Lek pernah meminta BN untuk menyediakan polisi yang inklusif dan tidak akan ditafsirkan sebagai menghukum masyarakat Cina.
Wan Syamsul Amly
Tue Apr 28 2015
SOI LEK: PRK: 'Kritikan Tun M macam ceramah percuma untuk Pakatan Rakyat' - Gambar fail
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
'UMNO bertanding sendiri, itu pandangan peribadi saya' - Azalina
Azalina berkata, kenyataannya berkenaan UMNO boleh menimbang bertanding atas tiket sendiri pada pilihan raya selepas ini berbanding menggunakan logo BN adalah pandangan peribadinya.
Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
Saarani nafi keluar kenyataan ada perubahan 'besar' jika BN tidak diangkat MB Negeri Sembilan
Saarani berkata perbuatan mewujudkan kenyataan palsu itu langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada negara serta rakyat.
Usaha PM bangunkan negara tidak harus ternoktah dengan keputusan PRN - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah menegaskan biarpun UMNO mengalami kekalahan teruk, namun ia tidak seharusnya mengubah apa-apa keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan.