Barisan Nasional (BN) Perak akan menggunakan 'template' atau acuan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dua tahun lalu dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar bulan depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata acuan yang diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja jentera parti berjaya memastikan kemenangan kepada BN di Teluk Intan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana telah tersedia (dengan template) PRK Teluk Intan yang telah memberikan keberhasilan agak memberangsangkan," katanya
Ahmad Zahid yang merupakan Naib Presiden UMNO dan menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden parti berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, di sini hari ini. Turut hadir Zambry, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Hishammuddin Tun Hussein dan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Pada PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei 2014, calon BN Datuk Mah Siew Keong menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 138 undi.
Ahmad Zahid turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa BN tetap menganggap ia adalah 'underdog' dalam PRK Kuala Kangsar berdasarkan jumlah undi yang diperoleh BN dalam pilihan raya umum ke-13.
"Kami akan menggandakan usaha kerana pihak lawan kami sama ada PAS atau Parti Amanah Negara (Amanah) atau kedua-duanya sekali, mereka bersiap siaga untuk menawan kembali Parlimen Kuala Kangsar," katanya.
Katanya sebagai persediaan menghadapi PRK itu, Menteri Besar Perak telah membuat pembahagian kepada jentera UMNO daripada beberapa negeri untuk menjaga kawasan tertentu termasuk Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Selain itu, beliau berkata UMNO Bahagian Kuala Kangsar termasuk pergerakan sayap telah sedia untuk menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi Parlimen Kuala Kangsar kekal milik BN.
"Jika gerak kerja diteruskan dan jika permasalahan dalaman dapat diselesaikan, kita tak nampak calon kita yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ada masalah untuk menang," katanya.
PRK Kuala Kangsar perlu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Turut terkorban dalam nahas itu ialah Anggota Parlimen Sungai Besar, Selangor yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.
Bernama
Sun May 22 2016
Zahid (dua dari kiri) mempengerusikan Mesyuarat BN Perak di Bilik Gerakan BN Kuala Kangsar hari ini. Turut hadir Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien (kiri) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (13 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Wanita rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara kerugian RM619,390 selepas terperdaya dengan pelaburan secara dalam talian tidak wujud.
Perkeso akan wujud pangkalan data khas bagi penggiat seni
Perkeso akan menyediakan pangkalan data khas senarai nama penggiat seni khususnya perfileman yang telah melakukan caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Tumpuan Selasa - 14 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Olimpik Paris 2024: Pakar psikologi BAM sedia program baharu bantu persiapan pemain
Pakar psikologi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Frederick Tan bakal memperkenalkan program baharu yang direka khas untuk membantu persiapan pemain ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Thailand sambut lebih 3,000 perwakilan untuk Kongres FIFA ke-74
Thailand pada Isnin menyambut lebih 3,000 perwakilan dari persatuan anggota Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menghadiri Kongres FIFA ke-74 di Bangkok dari 13 hingga 17 Mei.
Gangguan bekalan air berjadual di tujuh kawasan Lembah Klang 5-7 Jun
Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual sementara pada 5 hingga 7 Jun ini.
Malaysia berpesta gol lagi, belasah Oman 12-1
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan terus mempamerkan taring apabila membenam Oman 12-1 dalam aksi kedua kumpulan di Chonburi, Thailand hari ini.
Isteri penyelia jatuh kren terima faedah bulanan Perkeso sepanjang hayat
Balu kepada penyelia kren yang maut ketika menyelenggara ladle crane dekat sini pada 5 Mei lepas, layak menerima Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM2,673 sepanjang hayat.
1,238 penghuni PPR, RSK Johor diberi notis kosongkan rumah - Exco
Seramai 1,238 penghuni PPR dan RSK di Johor telah diberi notis selama 14 hari untuk mengosongkan kediaman mereka setelah didapati melanggar syarat dan terma ditetapkan.
PRK Kuala Kangsar guna acuan PRK Teluk Intan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, berkata acuan yang diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja jentera parti berjaya memastikan kemenangan kepada BN di Teluk Intan.