awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu

Bernama
Bernama
21/04/2024
11:00 MYT
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media ketika hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor di Puncak Alam hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA SELANGOR: Parti Amanah Negara (Amanah) mempunyai strategi tersendiri dalam menarik sokongan pengundi Melayu menyokong calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini.
Tanpa mendedahkan strategi tersebut, Pengarah Strategik Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
"Dengan penggemblengan tenaga semua jentera Perpaduan dan trend kedamaian, ketenteraman dan keharmonian yang dibawa Kerajaan Perpaduan, saya yakin masyarakat akan mengekalkan trend ini pada PRK kelak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor di sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata setiap parti yang membarisi kepimpinan Kerajaan Perpaduan perlu tampil bersatu dan memberikan sepenuh sokongan bagi memastikan kemenangan calon yang dipertaruhkan kelak.
Dzulkefly berkata keputusan PRK itu juga harus membawa isyarat jelas dan melonjakkan lagi kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan dalam memacu kecemerlangan negara.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dengan 27 April sebagai hari penamaan calon.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Kubu Baharu
#Amanah
#undi Melayu
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan