KUANTAN: Barisan Nasional (BN) Pahang tidak mengambil mudah cabaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai walaupun mereka kekal mempertahankan kerusi itu sejak dahulu, kata Pengerusinya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Dalam keadaan bagaimana sekalipun, kita kena dan akan terus bekerja kuat... tidak boleh ambil mudah," katanya semasa ditemui selepas melancarkan buku bertajuk 'Budi Pujangga' dan Kelab Pendidikan Muzium Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist (P) di sini hari ini.
Selain itu, Wan Rosdy berkata berdasarkan program pemukiman di Janda Baik, Bentong baru-baru ini, pimpinan parti setuju menyerahkan pemilihan calon kepada pucuk pimpinan dengan enam nama berpotensi telah diserahkan untuk pertimbangan, sebelum diumumkan dua atau tiga hari menjelang hari penamaan calon.
DUN Pelangai adalah kerusi bekas Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob sejak 1986 dan selepas beliau mengumumkan bersara daripada politik pada tahun lepas, kerusi itu ditandingi oleh Datuk Seri Johari Harun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Johari, 53, antara 10 yang maut dalam kejadian pesawat terhempas di bandar Elmina, Shah Alam di Selangor pada 17 Ogos lepas dan sehubungan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Pelangai diadakan pada 7 Okt ini, dengan 23 Sept sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal berlangsung pada 3 Okt ini.
Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri yang memperoleh 2,031 undi manakala calon Pejuang Isa Ahmad hilang deposit selepas hanya mendapat 64 undi.
Ditanya mengenai kerjasama BN dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRK Pelangai, Wan Rosdy optimis mereka akan mendapat sokongan baik daripada PH mengambil kira semangat Kerajaan Perpaduan.
"Kerjasama dengan PH Pahang juga telah wujud sejak PRU15 bagi kerusi DUN Tioman sebelum ini," katanya.
Pada PRU15, pengundian bagi DUN Tioman tidak dapat berlangsung pada hari pengundian 19 Nov 2022 berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli pada awal pagi sama, menyebabkan ia ditetapkan semula pada 7 Dis tahun sama.
PH semasa itu, memutuskan memberi laluan kepada calon BN mengambil kira kesepakatan antara kedua-dua parti untuk menubuhkan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Wan Rosdy (tengah) melihat isi kandungan buku Budi Pujangga yang dilancarkan beliau pada Majlis Pelancaran Buku Budi Pujangga dan Kelab Pendidikan Muzium Pahang di Sekolah Menengah (P) Methodist hari ini. - Foto Bernama
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Kertas siasatan Sanusi, ADUN Jengka diserah ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya
Kertas siasatan terhadap dua ahli politik Pas berhubung kenyataan mereka sebelum PRK DUN Pelangai, telah diserah ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
PRK Pelangai: Polis Pahang rakam keterangan Muhammad Sanusi
Polis Pahang telah merakamkan percakapan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, difahamkan berhubung kenyataan dibuat semasa ceramah pada 22 Sept lepas.
PRK DUN Pelangai: Majoriti BN berkurangan kerana fitnah - Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa majoriti berkurangan yang diperoleh parti itu dalam PRK DUN Pelangai disebabkan fitnah dan pelbagai isu yang dilemparkan terhadap calonnya.
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRK Pelangai: Tak sampai 24 jam, Amizar terima banyak permohonan
Selari dengan Ikhtiar Pelangai yang dijanjikan dalam kempen PRK Pelangai, beberapa perkara segera perlu dilakukan termasuk melibatkan pembangunan infrastruktur.
Anwar ucap tahniah kepada Amizar menang kerusi DUN Pelangai
Anwar berkata kemenangan itu menjadi kesinambungan kecemerlangan di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.
Tiada gelombang hijau di Pahang, yang ada hanya gelombang biru dan merah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kejayaan BN mempertahankan kerusi DUN Pelangai sebagai petanda tidak ada "gelombang hijau" di Pahang.
PRK Pelangai: Kemenangan BN sudah dijangka, rakyat mahu kesinambungan khidmat
Kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai hari ini tidak mengejutkan dan sudah dijangka walaupun majoriti yang diperoleh berkurangan, menurut penganalisis.
PRK Pelangai: BN menang, majoriti berkurangan kepada 2,949
Calon BN Datuk Amizar Abu Adam memenangi PRK DUN Pelangai, sekali gus mempertahankan kerusi yang dimenangi gabungan itu pada PRU15 yang lalu.
[TIDAK RASMI] PRK Pelangai: BN menang, majoriti berkurangan
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.