awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pelangai: Wan Rosdy ketuai jentera BN - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
23/09/2023
04:24 MYT
PRK Pelangai: Wan Rosdy ketuai jentera BN - Ahmad Zahid
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika meninjau pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul hari ini. - Foto Bernama
BENTONG: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas mengiringi calon parti itu bagi PRK Pelangai Datuk Amizar Abu Adam ke pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini hari ini.
Menyifatkan BN tidak mengambil mudah atau terlebih yakin untuk mempertahankan kerusi yang menjadi kubu kuat BN itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata jentera kempen perlu bekerja keras dan menggunakan langkah luar biasa untuk menarik sokongan pengundi.
"Walaupun atas kertas, kita ada majoriti lebih 4,000 undi melalui Allahyarham Datuk Seri Johari Harun dan 2,000 lebih daripada calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, namun kita tidak boleh ambil mudah dan terlebih yakin.
"Lawan dah bermukim di sini dan menggunakan pendekatan ceramah tidak besar (berkelompok), jadi kita kena guna langkah luar biasa, sesuai dengan kehendak dan cita rasa pengundi DUN ini dan kita perlu mendekati semua pengundi secara bersemuka," katanya kepada pemberita di sini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Johari yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,048 undi selepas memperoleh 7,308 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat (3,260), Ahmed Wafiuddin daripada Pakatan Harapan (2,031) dan calon Pejuang Isa Ahmad (65).
Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih atas sokongan rakan-rakan parti lain di dalam Kerajaan Perpaduan kepada calon BN di Pelangai.
Beliau pada masa sama menzahirkan keyakinan kepada Amizar untuk meneruskan legasi BN di DUN Pelangai.
"Calon kita terkenal dalam kalangan orang Pelangai, beliau pun anak Felda (Felda Chemomoi) dan saya yakin beliau akan meneruskan khidmat Johari di sini," katanya.
PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, Kasim (PN) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
PRK itu diadakan ekoran kematian Johari, 53, akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada petang 17 Ogos lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 7 Okt ini manakala 3 Okt sebagai tarikh pengundian awal.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata keahlian Haslihelmy sebagai ahli Pemuda UMNO Bahagian Bentong gugur secara automatik selepas beliau bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Pelangai.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan terkini PRK Pelangai di sini
Topic Berkaitan
#PRK Pelangai
#Ahmad Zahid Hamidi
#Wan Rosdy Wan Ismail
#jentera Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan