awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK: Polis Johor lulus 182 permit daripada 190 permohonan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2023
04:20 MYT
PRK: Polis Johor lulus 182 permit daripada 190 permohonan
Polis Johor menasihatkan semua parti serta kumpulan penyokong sentiasa bertoleransi, berkempen secara berhemah dan menghormati satu sama lain agar keamanan dikekalkan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Sebanyak 182 permit diluluskan Polis Johor dalam tempoh enam hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sehingga Khamis.
Jurucakap Media PRK Johor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, jumlah permit yang diluluskan itu merangkumi keseluruhan daripada 190 permohonan yang diterima polis.
"Pada Jumaat, sebanyak 29 permit ceramah dan kempen PRK diluluskan kawasan Parlimen Pulai dan 12 permit ceramah dan kempen bagi DUN Simpang Jeram.
"Dua kertas siasatan juga sudah dibuka sepanjang tempoh berkempen, membabitkan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Polis Johor turut menasihatkan semua parti serta kumpulan penyokong sentiasa bertoleransi, berkempen secara berhemah dan menghormati satu sama lain agar keamanan dikekalkan.
"Sekiranya berdepan sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRK
#Parlimen Pulai
#DUN Simpang Jeram
#permit kempen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan