awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Seri Setia: Setakat jam 9 pagi, 15 peratus keluar mengundi

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
04/09/2018
02:07 MYT
PRK Seri Setia: Setakat jam 9 pagi, 15 peratus keluar mengundi
Anggota tentera dan pasangan memeriksa saluran sebelum membuang undi awal sempena Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia N.32 di Dewan Ababil, Pangkalan Udara TUDM, Shah Alam. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Proses pengundian awal di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Seri Setia hari ini berjalan lancar dengan melibatkan 2,770 orang pengundi awal, terdiri daripada 2,597 anggota tentera dan pasangan, serta 173 anggota polis.
Bagi anggota tentera serta pasangannya, mereka akan mengundi di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara Subang.
Manakala bagi anggota polis pula, mereka akan mengundi di Kompleks SMS Polis Diraja Malaysia (PDRM), Shah Alam.
Pusat pengundian awal dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat jam 9 pagi ini, seramai 15 peratus pengundi telah menjalankan tanggungjawab mereka.
Calon PH, Halimey Abu Bakar turun padang beramah mesra dengan pengundi awal di Dewan Ababil, PU Subang. @501Awani pic.twitter.com/YsV62x7yjy
— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 4, 2018
Proses pengundian awal itu disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan.
Di samping itu, Pemerhati-Pemerhati Pilihan Raya daripada wakil-wakil Organisasi serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR juga turut menyaksikan proses pengundian awal tersebut.
BACA: 2,801 pengundi awal PRK Balakong, Seri Setia mula mengundi pada 8 pagi
Kertas undi awal tidak akan dikira di Tempat Mengundi (saluran) pada hari ini, sebaliknya akan disimpan di tempat yang selamat iaitu di lokap-lokap balai polis.
Anggota tentera mula beratur sejak jam 8 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mengundi di Dewan Serbaguna Ababil, PU Subang. @501Awani pic.twitter.com/40XFrUEqQ1
— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 4, 2018
Pengiraan kertas-kertas undi awal tersebut hanya akan dijalankan pada 8 September secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon masing-masing.
Pakatan Harapan (PH) menampilkan bekas Ahli Majlis MBPJ, Halimey Abu Bakar sebagai calon manakala Pas menampilkan Dr Halimah Ali.
Proses pengundian awal di DUN N.32 Seri Setia bermula dengan melibatkan 2,770 orang pengundi awal iaitu 2,597 orang anggota tentera serta pasangan mereka dan 173 orang anggota polis. @501Awani pic.twitter.com/0vkCz7hZiY
— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 4, 2018
PRK Dun Seri Setia diadakan selepas kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin 2 Ogos lalu.
Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu, Shaharuddin memenangi pertandingan empat penjuru itu dengan memperolehi 29,250 undi, menewaskan calon Barisan Nasional, Yusoff M Haniff (9,878), calon Pas, Mohd Ghazali Daud (4,563) dan calon Bebas, S Vigneswaran (217).
Topic Berkaitan
#pilihan raya kecil
#PRK DUN Seri Setia
#undi awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan