awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sungai Bakap: Cikgu Johari lancar manifesto PADU

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
30/06/2024
00:30 MYT
PRK Sungai Bakap: Cikgu Johari lancar manifesto PADU
Joohari melancarkan manifesto atau iltizam yang mengetengahkan "PADU" sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, 6 Julai ini.
NIBONG TEBAL: Calon Pakatan Harapan (PH) melancarkan manifesto atau iltizam yang mengetengahkan "PADU" sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, 6 Julai ini.
Dr Joohari Ariffin yang mewakili Kerajaan Perpaduan membentangkan Iltizamnya berkata PADU diambil daripada perkataan perpaduan yang menekankan " P" iaitu prasarana dan progresif yang menekankan kemudahan awam dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan penduduk.
Ia termasuk memastikan projek-projek infrastruktur air dan lalulintas Projek LRA Sungai Kerian (berkapasiti 114juta LH), Projek Air Perak-Pulau Pinang, pembinaan sambungan jalan di Bandar Tasek Mutiara disempurnakan dengan baik bagi mengatasi permasalahan setempat.
Selain itu, beliau juga akan menaik taraf fasiliti wad bersalin dan rawatan pakar geriatrik di Hospital Sungai Bakap untuk warga emas.
Seterusnya menjadikan Sungai Bakap sebagai pusat pengeluaran produk mikro halal serta Penyertaan Usahawan Wanita dalam Amanah Ikhtiar Malaysia dan mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).
Manakala "A"- akhlak, akademik dan anak muda iaitu mahu meningkatkan akhlak dan keemerlangan akademik anak muda di kawasan Sungai Bakap.
"D" pula merujuk kepada damai yang mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan pelbagai etnik dengan pengukuhan institusi keluarga.
Seterusnya "U " yang bermaksud untuk semua yang merangkumi layanan dan perhatian yang adil kepada seluruh masyarakat .
Ia termasuk memberi fokus kepada keupayaan daya saing belia, anak muda, wanita, pengembangan pendidikan kanak-kanak serta warga emas tanpa mengira fahaman politik, budaya dan agama.
Bekas Pengarah Institut Aminudin Baki Cawangan Utara itu berkata demikian semasa membentangkan Iltizamnya di pentas Ceramah Perpaduan PRK Sungai Bakap di Padang Lalang, di sini, malam tadi.
Dr Joohari menentang calon Perikatan Nasional (PN) bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail pada PRK DUN Sungai Bakap.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Dapatkan informasi terkini PRK Sungai Bakap di sini
Topic Berkaitan
#PRK Sungai Bakap
#manifesto PADU
#Dr Joohari Ariffin
#Calon Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan