awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Tanjung Piai: PH akan bermesyuarat - Wan Azizah

Hasmi Hashim
Hasmi Hashim
23/09/2019
04:35 MYT
PRK Tanjung Piai: PH akan bermesyuarat  - Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata tindakan lanjut akan dibuat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Piai. - Foto Astro AWANI
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih belum mengadakan pertemuan dengan parti komponen lain bagi membincangkan mengenai calon yang bakal mengisi kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mesyuarat di peringkat parti dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan tidak dapat mengesahkan tarikh mesyuarat itu akan diadakan.
“Kita perlu berunding terlebih dahulu dengan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan ahli PH.
“Kita akan membuat mesyuarat bagaimana mahu menangani masalah ini (kekosongan kerusi),” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Terdahulu, Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir merasmikan Kompleks Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (Myageing™) di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Hadir sama Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris; Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon; dan Pengarah MyAgeing™, Professor Datuk Dr. Tengku Aizan Hamid.
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata tindakan lanjut akan dibuat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Piai.
Beliau dalam pada itu beliau turut menzahirkan rasa sedih di atas pemergian ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr Md Farid Md Rafik.
Sabtu lalu, Allahyarham Md Farid yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri disahkan meninggal dunia di Hospital Pontian dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham mengalahkan calon MCA Wee Jee Seng dengan majoriti tipis 524 undi pada pilihan raya umum tahun lepas.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Md Farid Md Rafik
#kekosongan kerusi
#Malaysia
#MyAgeing
#Parlimen Tanjung Piai
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan