awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Ahli Parlimen tak setuju tindakan Zahid umum peruntukan

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2023
04:50 MYT
PRN: Ahli Parlimen tak setuju tindakan Zahid umum peruntukan
Hassan berkata, pilihan raya tanpa rasuah adalah pilihan raya yang adil dan bersih. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim tidak bersetuju tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan peruntukan kepada Majlis Belia Negeri Terengganu dalam program di negeri itu pada Jumaat.
Menurut beliau, ini kerana perkara tersebut diumumkan menjelang kempen pilihan raya negeri (PRN).
"Sebagai ahli Parlimen, saya tak setuju pengumuman geran tambahan oleh TPM (Timbalan Perdana Menteri) Zahid Hamidi di Terengganu ketika kempen pilihan raya.
"Rasuah itu isu legal dan persepsi. Rasuah berkait soal etika, bukan legal semata-mata. Pilihan raya tanpa rasuah adalah pilihan raya yang adil dan bersih," ciapnya dalam Twitter miliknya pada Isnin.
Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pengumuman Ahmad Zahid itu dan menyatakan peruntukan kepada golongan belia di Terengganu tiada kaitan dengan PRN pada 12 Ogos ini.
Sebelum ini Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Abdul Rahman menyelar tindakan Ahmad Zahid itu yang disifatkan sebagai satu bentuk rasuah menjelang PRN.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkan peruntukan terbabit semasa merasmikan Himpunan Belia Lestari Generasi Unggul sempena program Sentuhan Kasih Desa di Bandar Al Muktafi Billah Shah pada 28 Julai lalu.
Ini termasuk peruntukan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan RM200,000 kepada Majlis Belia Malaysia Terengganu bagi tujuan pembangunan aktiviti golongan itu di negeri berkenaan.
Ahmad Zahid berkata, jumlah itu mungkin bertambah bergantung kepada prestasi golongan itu dalam PRN ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#Zahid Hamidi
#umum peruntukan
#Hassan Abdul Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan