awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tanding DUN Lenggeng

Bernama
Bernama
19/07/2023
14:04 MYT
PRN: Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tanding DUN Lenggeng
Pengerusinya Datuk MK Ibrahim Abd Rahman berkata kerusi DUN Lenggeng yang telah dimenangi parti itu pada PRU14 harus dipertahankan bagi memastikan wujudnya keseimbangan dan keadilan dalam perwakilan rakyat di negeri ini. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan mahu kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
Pengerusinya Datuk MK Ibrahim Abd Rahman berkata kerusi DUN Lenggeng yang telah dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) harus dipertahankan bagi memastikan wujudnya keseimbangan dan keadilan dalam perwakilan rakyat di negeri ini.
Beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti itu pada 13 Julai lepas juga telah mengumumkan calon untuk semua kerusi yang akan ditandingi Amanah termasuk di DUN Lenggeng.
"Selagi belum diputuskan oleh Majlis Presiden (Majlis Presiden Pakatan Harapan), kita akan usaha sehabis baik untuk kekalkan kerusi berkenaan. Saya setiap hari berhubung dengan Presiden Amanah (Datuk Seri Mohamad Sabu) dan pimpinan atas memang senada dengan pendirian kita (pertahan DUN Lenggeng)," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Justeru, beliau berharap Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mempertimbangkan perkara tersebut sekali gus bersama-sama dengan keputusan yang dibuat oleh Amanah negeri.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata Barisan Nasional (BN) akan bertanding 17 kerusi DUN di negeri ini termasuk kerusi Lenggeng yang disandang oleh Amanah, namun MK Ibrahim terlebih dahulu mengumumkan parti itu kekal bertanding di DUN Lenggeng, Paroi dan Klawang.
Pada PRU14, Pakatan Harapan menguasai 20 kerusi iaitu DAP dengan 11 kerusi, PKR (enam) dan Amanah (tiga), manakala BN pula memenangi 16 kerusi iaitu UMNO (15) dan MIC satu kerusi daripada keseluruhan 36 kawasan DUN di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah Negeri Sembilan
#DUN Lenggeng
#PRN
#MK Ibrahim Abd Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan