awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Amirudin yakin PH Selangor sudah miliki 33 kerusi selamat

Bernama
Bernama
12/07/2023
15:45 MYT
PRN: Amirudin yakin PH Selangor sudah miliki 33 kerusi selamat
Amirudin berkata 33 kawasan terbabit merupakan kerusi selamat untuk PH dan rakan kerjasamanya Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan negeri pada penggal akan datang. - Gambar fail
KUALA SELANGOR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari optimis gabungan politik itu mampu menang sekurang-kurangnya di 33 daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung 12 Ogos ini.
Beliau berkata 33 kawasan terbabit merupakan kerusi selamat untuk PH dan rakan kerjasamanya Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan negeri pada penggal akan datang.
"Saya tengok data dan ada juga membuat kajian... insya-Allah, setakat ini kita sebenarnya telah mempunyai 33 kerusi selamat dan boleh membina kerajaan negeri dengan majoriti mudah," katanya ketika berucap pada Jelajah MADANI DUN di Bukit Melawati di sini malam ini.
"Itu saya tak masukkan lagi tujuh kerusi yang sebenarnya kita menang yang dianggap marginal kerana menang di bawah 2,000 undi. Jadi kalau campur tujuh kerusi lagi, maka PH dan BN boleh bentuk kerajaan dengan 40 kerusi serta beroleh kemenangan dua pertiga," katanya.
Justeru, Amirudin menyeru jentera PH dan BN untuk bersama-sama bekerja lebih keras hingga hari pengundian bagi membolehkan gabungan politik itu mencapai kemenangan bagi membentuk Kerajaan Perpaduan di Selangor pada PRN nanti.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, PH mendominasi Selangor dengan memenangi 51 kerusi diikuti BN (empat kerusi) dan PAS (satu kerusi).
Kedudukan kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam) diikuti BN (lima), Bersatu (empat) dan Parti Bangsa Malaysia (dua) manakala PAS, Pejuang serta Warisan masing-masing satu kerusi selain seorang wakil rakyat Bebas.
Kerusi Batang Kali pula diisytiharkan kosong pada Februari lepas selepas wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#Selangor
#kerusi selamat
#Amirudin Shari
#Pakatan Harapan
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan