PONTIAN: Tidak wujud istilah jumlah kerusi Barisan Nasional (BN) di Selangor dan Pulau Pinang kecil kerana parti itu masih dominan dengan 45 peratus daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada pilihan raya enam negeri, Ogos depan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pembahagian dibuat mengambil kira jumlah kerusi yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya lalu.
"Ada yang memberi pandangan mengapa BN cuma tanding 12 kerusi di Selangor. Sebelum ini, BN cuma menang lima kerusi sahaja. Tetapi sekarang BN dapat tanding 12 kerusi dengan tambahan kerusi berdasarkan kepada peluang untuk menang pada kali ini.
"Begitu juga di Pulau Pinang, BN tanding enam kerusi, kerana sebelum ini BN cuma menang dua kerusi. Sebelum ini, sokongan diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) tetapi sekarang apabila BN bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan, maka sokongan juga akan diberikan kepada BN.
"Oleh itu, BN ada harapan untuk menang kesemua 12 kerusi di Selangor dan meraih kejayaan di Pulau Pinang," katanya ketika ditemui di Warung Kopi Pojok Benut pada Ahad.
Tambah Timbalan Menteri Kewangan I itu, kemenangan di Selangor dan Pulau Pinang cukup penting bagi membolehkan BN menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri apabila PH menang pada PRN kelak.
"BN boleh jadi sebahagian daripada kerajaan negeri bersama PH, mungkin kita boleh jadi Exco kerajaan negeri sebab BN sudah tidak mengusai Dewan DUN di Selangor bermula tahun 2008.
"Sama seperti di Pulau Pinang, BN sudah lama tidak menjadi kerajaan negeri di sana. Sudah tentu jika BN menang, kita boleh jadi sebahagian daripada kerajaan negeri di sana," katanya.
Pada Jumaat, BN mengumumkan senarai calon bagi 107 kerusi bakal ditandingi pada PIilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos nanti. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 23 2023
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pembahagian dibuat mengambil kira jumlah kerusi yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya lalu. - Gambar fail
Tulang kambing terlekat pada jari kanak-kanak
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia lapan tahun sedang menikmati juadah kambing perap.
'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.
UNESCO hadiahkan semua wartawan Gaza anugerah PBB
Hadiah Kebebasan Akhbar Sedunia memberi penghormatan kepada sumbangan cemerlang kepada pembelaan atau promosi kebebasan akhbar.
Piala Thomas: Ayuh, 'pecahkan' tembok besar China!
Rexy Mainaky menuntut barisan pemain negara untuk tampil garang bagi melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah.
Kumpulan Naza ambil alih 100 peratus pegangan Berjaya Enviro
Pengambilalihan ini sekali gus menjadikan Kumpulan Naza sebagai pemain utama sektor pengurusan sisa.
Ringgit melonjak 225 mata asas semasa dibuka
Ringgit melonjak 225 mata asas dan mengukuh berbanding dolar AS ketika dibuka pada Jumaat.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.
Program Pra Tahfiz Kemas mampu lahirkan murid prasekolah kuasai 4M
Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang bermula secara rasmi tahun ini mampu melahirkan murid prasekolah yang menguasai 4M iaitu mengaji, menghafal, menaakul (membuat pertim
Niaga SPOTLIGHT: Labour Day 2024 | Social Justice & Decent Work for All
Tehmina Kaoosji spoke with Sivaranjani Manickam, Workers Bureau Head, Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Pekerja pusat servis maut, rakan parah tayar meletup
Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika kedua-dua mangsa sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).