LANGKAWI: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah mencapai kesepakatan berkenaan calon Menteri Besar Kedah sekiranya kedua-dua gabungan itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata nama berkenaan hanya akan diumumkan selepas kedua-dua gabungan itu berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu majoriti mudah pada PRN ini.
"Kesepakatan ini kami telah capai tetapi kita tidak umumkan...bila kita capai jumlah itu insya-Allah kita akan umumkan," katanya ketika diminta mengulas mengenai calon Menteri Besar sekiranya gabungan itu berjaya menawan Kedah.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau turut menaruh keyakinan golongan muda akan keluar mengundi beramai-ramai pada 12 Ogos ini khususnya untuk memilih calon-calon daripada gabungan BN-PH.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Langkawi perlu dibangunkan semula dalam usaha menarik kehadiran lebih ramai pelancong bagi menjana pendapatan dan ekonomi penduduk di pulau peranginan itu.
Beliau berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian segera adalah berkenaan perkhidmatan feri yang dilihat memberi kesan terhadap jumlah kedatangan pelancong ke sini.
Terdahulu, semasa berucap pada Program Desa Cerdas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Taman Nilam, Ayer Hangat di sini, Ahmad Zahid berkata program peringkat kebangsaan dan antarabangsa perlu diadakan setiap bulan di Langkawi bagi menggalakkan industri pelancongan yang turut akan memberi impak kepada pelbagai industri lain di sini.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata dengan penganjuran program secara lebih kerap ia akan memberi limpahan rezeki kepada pemain industri khususnya penginapan, pengangkutan dan makanan.
Turut hadir pada program itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media selepas merasmikan Program Desa Cerdas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Taman Nilam, Ayer Hangat hari ini. - Foto BERNAMA
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tengku Zafrul fail afidavit
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, untuk kebenaran memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PM yakin kenaikan gaji lulus bergaya di Parlimen
Perdana Menteri turut membidas pihak terbabit sebagai 'haprak' dan tidak boleh diterima kerana mengkritik usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun ia tidak dilaksanakan.
Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36
Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guandong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang.
Columbia umum putus hubungan diplomatik dengan Israel
Presiden Columbia, Gustavo Petro mengumumkan kerajaannya akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel berkuatkuasa Khamis. Ia susulan kezaliman berterusan rejim Zionis ke atas warga Gaza.
Negeri Sembilan selaras kenaikan gaji ikut Persekutuan - MB
Kerajaan Negeri Sembilan akan turut melaksanakan penyelarasan kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu sepertimana dilakukan di peringkat Persekutuan.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Gempa bumi berkembar gegar Bandung
Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).