awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/07/2023
08:55 MYT
PRN: BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi
BN meletakkan Shaiful Hazizy di kerusi Dun Tanjung Dawai, menjadikan keseluruhan kerusi yang ditandingi BN adalah 108 daripada 245 kerusi melibatkan enam negeri - Fot0/UMNO
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, yang juga Setiausaha Agung UMNO, memaklumkan BN meletakkan Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin di kerusi berkenaan, menjadikan keseluruhan kerusi yang ditandingi BN adalah 108 daripada 245 kerusi melibatkan enam negeri.
"Dengan mandat yang diamanahkan oleh Pengerusi BN, diumumkan calon bagi kerusi DUN N26 Tanjung Dawai Kedah, Barisan Nasional ialah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin.
"Saya juga mewakili BN merakamkan penghargaan kepada Pakatan Harapan (PH), atas semangat perpaduan memberikan laluan kepada BN untuk bertanding di kerusi DUN Tanjung Dawai.
"Kepada Allah kita berserah. Mudah-mudahan diberikan kemenangan oleh Allah jua," katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya hari ini.
Pada 21 Julai lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan 108 kerusi akan ditandingi oleh BN.
Bagaimanapun, Asyraf Wajdi hanya mengumumkan 107 calon pada hari berkenaan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) lalu, DUN Tanjung Dawai dimenangi oleh calon Pas, Hanif Ghazali dengan 11,444 undi menewaskan calon PH, Annuar Abdul Hamid dan calon BN, Annuar Ahmad.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#DUN Tanjung Dawai
#pilihan raya negeri
#Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan