awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 'Bukan tiga tetapi lima negeri kita boleh tawan, dengan syarat...' - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
22/07/2023
16:19 MYT
PRN: 'Bukan tiga tetapi lima negeri kita boleh tawan, dengan syarat...' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR berucap pada Malam Pengumuman Calon Keadilan hari ini. - Bernama
SHAH ALAM: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin boleh menawan lima negeri dalam Pilihan Raya Negeri 12 Ogos depan.
Keyakinan itu disuarakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Padang Awam MBSA, Shah Alam pada malam Sabtu.
Bagaimanapun, Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, semua itu boleh menjadi kenyataan sekiranya semua pihak dan jentera memberi tumpuan dan fokus sepanjang kempen PRN berlangsung.
"Saya nak beritahu daripada laporan yang saya dapat setakat ini, tiga negeri kukuh untuk kita pertahankan. Dan bulan lalu saya (kata) satu negeri kita boleh tambah.
"Sekarang dua (lagi) negeri kita boleh tawan dengan syarat (memberi) tumpuan dan perhatian dalam kempen ini," katanya.
Mengenai senarai calon, Anwar berkata beliau ada melakukan ubah suai melibatkan satu atau dua kerusi pada PRN kali ini.
Mengulas mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Anwar memberitahu berlaku pertukaran saat akhir melibatkan kerusi DUN itu dengan Batu Tiga.
"Kadang-kadang keputusan bukan kita setuju semua tetapi keadaan buntu... Kita terpaksa ada sedikit kesediaan untuk tolak ansur jadi sebab itu kita tukar. Kita ambil (DUN) Hulu Kelang dan menyerahkan (kerusi DUN) Batu Tiga.
"Bagimanapun kita ada kebijaksanaan kerana kita meletakkan calon di Hulu Kelang seorang tokoh berani lawan iaitu saudari Juwairiya Zulkifli," katanya.
Topic Berkaitan
#PRN
#Anwar Ibrahim
#Tawan negeri
#fokus kempen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan