awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Calon Bersatu daripada semua sayap parti - Ahmad Faizal

Bernama
Bernama
27/05/2023
12:33 MYT
PRN: Calon Bersatu daripada semua sayap parti - Ahmad Faizal
Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pemilihan itu merangkumi calon daripada Angkatan Muda Bersatu Malaysia (Armada) dan sayap wanita parti itu, Srikandi. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memastikan calon yang bertanding di enam negeri terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini dipilih daripada semua sayap parti itu.
Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pemilihan itu merangkumi calon daripada Angkatan Muda Bersatu Malaysia (Armada) dan sayap wanita parti itu, Srikandi.
"Namun kita belum tetapkan peratusan tertentu untuk pemilihan itu. Apa yang penting, kita mahu pastikan calon yang dipilih berkualiti.... Apabila kita tubuh kerajaan, mereka akan memberi nilai tambah kepada kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sembang Santai Pesanan Menuju PRN Kelantan di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Noor.
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata Bersatu mungkin mengetengahkan muka baharu selain calon berpengalaman dan pernah berkhidmat dalam kerajaan.
Katanya Bersatu ketika ini dalam proses memuktamad keseluruhan pembahagian kerusi rakan komponen Perikatan Nasional sebelum mengumumkan calon yang mewakili parti itu dalam PRN di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#PRN
#sayap parti
#Ahmad Faizal Azumu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan