awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Calon PN DUN Lunas saman pihak sebar klip video tular

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2023
08:11 MYT
PRN: Calon PN DUN Lunas saman pihak sebar klip video tular
Khairul Anuar berkata rakaman yang tular tersebut merupakan kejadian yang berlaku tiga tahun lepas, bukannya kejadian baharu. - Gambar/ Sinar Harian
PADANG SERAI: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas, Khairul Anuar Ramli akan memfailkan saman terhadap pihak yang menyebarkan klip video mendakwa dirinya menyerang seorang warga emas.
Beliau berkata, rakaman yang tular tersebut merupakan kejadian yang berlaku tiga tahun lepas, bukannya kejadian baharu.
Menurutnya, penyebaran semula video lama itu dipercayai cubaan pihak tertentu untuk menjejaskan imejnya menjelang kempen pilihan raya negeri (PRN).
“Apa yang berlaku tidak seperti digambarkan, saya berusia 42 tahun dan lelaki itu hanya empat tahun lebih tua daripada saya,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Jelasnya, kejadian itu berpunca daripada pertelingkahan oleh individu terbabit yang datang ke pejabatnya di Taman Ihsan, Lunas sehingga berlaku kekecohan, seterusnya kes berkenaan dibicarakan di mahkamah.
Khairul Anuar yang juga Ketua Penerangan Bersatu Kedah berkata, kes tersebut telah pun selesai pada Mac lalu selepas melalui perbicaraan selama 18 bulan.
“Video berdurasi penuh lebih lapan minit itu turut disunting sehingga menjadi 19 saat, bagi menggambarkan serangan dilakukan terhadap seorang lelaki warga emas.
“Saya sudah bincang dengan pasukan peguam dan akan memulakan prosiding saman terhadap beberapa pihak dalam masa terdekat. Setiap pihak akan disaman sebanyak RM10 juta setiap seorang,” katanya.
Menurutnya lagi, saman tersebut diteruskan tanpa tuntutan permohonan maaf kerana tidak mahu berkompromi dalam usaha membersihkan imej dan reputasi dirinya.
“Jangan gunakan cara sebegini dalam kempen. Berkempenlah secara matang kerana kita sekarang sudah memasuki alaf politik baharu di mana tidak boleh hanya disogokkan dengan video tular,” ujarnya.
Sebelum itu, tular sebuah video yang mengaitkan calon PN itu dengan kejadian menolak seorang lelaki yang didakwa warga emas di pelbagai platform media sosial.
Dalam PRN ini, DUN Lunas menyaksikan pertandingan lima penjuru melibatkan Khairul Anuar, Shamsul Anuar Abdullah (Pakatan Harapan) selain tiga calon Bebas, N Rajendaran, S Pannir Selvam dan S Arichindarem. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#DUN Lunas
#PRN Kedah
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan