awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jabatan Negara AS lulus cadangan jualan peluru berpandu Patriot kepada Arab Saudi
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: 37 calon wanita bertanding

Bernama
Bernama
26/02/2022
11:20 MYT
PRN Johor: 37 calon wanita bertanding
Pada PRN kali ini, seramai 37 wanita menjadi calon berbanding 28 orang pada PRU14. - Gambar BERNAMA
JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan peningkatan jumlah calon wanita yang bertanding berbanding sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.
Pada PRN kali ini, seramai 37 wanita menjadi calon berbanding 28 orang pada PRU14.
Berdasarkan data senarai calon, Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang mengetengahkan bilangan calon wanita terbesar dengan jumlah 14 calon.
Calon BN, Nor Rashidah Ramli dan Rashidah Ismail adalah antara calon wanita yang diketengahkan BN untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka berdua pada 2018 masing-masing bagi kerusi DUN Parit Raja dan Pasir Raja.
BN juga meletakkan Kelly Chye Pei Yee, 26, di DUN Mengkibol, antara calon termuda dalam PRN kali ini.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: 239 calon bertanding, calon termuda bukan dari MUDA
Pakatan Harapan (PH) pula memberi amanah kepada lapan calon wanita untuk memenangi kembali kerusi DUN bagi pakatan tersebut setelah berlakunya polemik politik yang menyaksikan runtuhnya kerajaan PH pada Februari 2020.
Setiausaha Publisiti Wanita DAP Johor, Marina Ibrahim adalah antara calon wanita yang akan bertanding bagi PH.
Selain itu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya meletakkan Setiausaha Agung parti itu, Amira Aisya Abd Aziz sebagai calon di DUN Puteri Wangsa serta Nur Afiqah M. Zulkifli sebagai calon di DUN Bukit Kepong.
Perikatan Nasional pula meletakkan enam calon wanita manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) empat calon dan PKR tiga. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#calon wanita
#PRU14
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan