KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub sah akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Simpang Jeram dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac ini.
Perkara itu diumumkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam satu majlis di sebuah hotel di Johor Bahru pada Jumaat.
Turut diumum 15 lagi nama calon Amanah yang akan bertanding.
"Pakatan Harapan (PH) - gabungan tiga parti Amanah, DAP dan PKR - dan juga rakan ingin bekerjasama iaitu MUDA, akan bersama dalam PH untuk bertanding pada 26 Februari nanti.
"Pihak pemimpin Amanah negeri Johor dan Amanah pusat bersetuju mengemukakan 16 orang calon bagi pihak Amanah mewakili PH pada PRN Johor," jelasnya.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon bagi PRN Johor, manakala tarikh mengundi pula pada 12 Mac.
Tambah Mohamad, kesemua 16 nama calon terbabit telah ditapis dan dibincang di semua peringkat sebelum diumumkan.
Antara yang disenarai pendek termasuk empat calon wanita dan empat calon berusia bawah 40 tahun.
"Nama dipilih setelah ditapis dan dibincang, akhirnya keputusan diambil. Sebarang keputusan diambil, jika ada merasakan tidak puas hati dan sebagainya, bagi saya itu perkara yang kita kena lalui.
"Dan kita yakin selepas diumumkan calon-calon ini, seluruh jentera, ahli dan penyokong Amanah dan PH akan bekerja memenangkan calon dipilih," katanya lagi.
Berikut senarai nama calon AMANAH dalam PRN Johor:
Dr Sulaiman Mohd Noh (N.04 Kemelah)
Elia Nadira Sabudin (N.08 Bukit Pasir)
Asim Abdullah Ainullotfi (N.11 Serom)
Nor Hayati Bachok (N.15 Maharani)
Abdul Hamid Jamah (N.24 Senggarang)
Rohani Banu Abd Rahman Krishnan (N.31 Kahang)
Muhammad Taqiuddin Cheman (N.29 Mahkota)
Mohammad Fakrulradzi Mahmud (N.32 Endau
Ahmad Daniel Shahrudin (N.34 Panti)
Mat Khairi Samsudin (N.36 Sedili)
Norazila Sanip (N.38 Penawar)
Syed Othman Syed Abdullah (N.43 Permas)
Dzulkefly Ahmad (N.49 Kota Iskandar)
Suhaizan Kaiat (N.54 Pulai Sebatang)
Datuk Seri Salahuddin Ayub (N.13 Simpang Jeram)
Aminolhuda Hassan (N.21 Parit Yaani)
Fareez Azman
Fri Feb 18 2022
Salahuddin Ayub (kanan) sah akan mempertahankan kerusi DUN N.13 Simpang Jeram dalam pengumuman dibuat Presiden Amanah, Mohamad Sabu (kiri) pada Jumaat. -Gambar fail/Bernama
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.