awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Armada cadang 30 peratus calon PN daripada anak muda

Bernama
Bernama
04/02/2022
11:53 MYT
PRN Johor: Armada cadang 30 peratus calon PN daripada anak muda
Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang juga Ketua Armada Nasional membantu pelanggan yang membeli barangan keperluan secara pandu lalu pada Pelancaran Jualan Prihatin Rakyat di Dataran Pagoh Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
MUAR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu mencadangkan agar 30 peratus calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dipilih daripada kalangan anak muda yang berkaliber.
Ketua Armada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata jumlah itu, yang merangkumi 17 kerusi daripada 56 kerusi yang dipertanding, dilihat mampu memberi impak dalam menarik undi orang muda di Johor.
"Untuk Armada sahaja, kita mencadangkan lima kerusi tetapi bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan semua parti.
"Armada sebahagian daripada komponen pemuda PN maka calon anak muda tidak semestinya daripada Armada sahaja, mungkin daripada Pemuda Pas, Gerakan dan mana-mana sayap parti bersekutu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Armada pusat bersama Armada bahagian di Pejabat Bersatu Bahagian Pagoh hari ini.
Beliau berkata calon yang akan diketengah terdiri daripada pemimpin belia masyarakat yang berpengalaman luas dalam menyantuni penduduk dan telah berbakti di kawasan mereka.
Wan Ahmad Fayhsal juga berkata Armada pusat sudah menerima cadangan daripada Armada bahagian seluruh Johor untuk dipertimbang oleh Biro Politik Bersatu.
Selain itu, katanya tiga isu utama yang dilihat menjadi tumpuan anak muda akan diberi perhatian iaitu pekerjaan bermaruah, pendidikan dan kelestarian alam sekitar.
Beliau berharap saluran rasmi turut membenarkan pemimpin muda tanpa mengira parti berdebat mengenai isu semasa.
Johor menjadi negeri pertama melaksanakan Undi18 yang menyaksikan pertambahan sejumlah 749,731 pengundi baharu pada PRN kali ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Armada Bersatu
#PRN Johor
#Johor Memilih
#pilihan raya negeri
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
#Perikatan Nasional
#anak muda
#Undi18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan