MUAR: Masih terlalu awal untuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan sebarang calon Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Buat masa ini, kami (Pejuang) masih tidak membuat pengumuman sebegitu (calon Menteri Besar) kerana saya fikir ia terlalu awal kerana kita perlu memenangi pilihan raya (negeri) dahulu sebelum seseorang boleh dilantik menjadi Menteri Besar," katanya kepada pemberita pada program Sarapan Pagi Ziarah Pejuang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas spekulasi mengatakan Ketua Pejuang Johor Datuk Dr Shahruddin Md Salleh merupakan calon Menteri Besar Johor sekiranya parti itu memenangi pilihan raya negeri.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Semalam Pejuang mengumumkan akan bertanding di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor dengan meletakkan Shahruddin yang juga anggota Parlimen Sri Gading dan bekas Timbalan Menteri Kerja Raya sebagai calon di kerusi DUN Machap.
Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata beliau melihat pengalaman Pakatan Harapan (PH) sewaktu bertanding pada PRN Melaka November lepas yang hanya memfokuskan kepada kemenangan seorang calon sahaja.
"Saya belajar daripada pengalaman Pakatan Harapan sewaktu bertanding di PRN Melaka yang ditumpukan kepada seorang saja sebagai Ketua Menteri, akhirnya dia seorang saja yang menang, yang lain tidak.
"Pengalaman saya di Kedah juga begitu...walaupun dinamakan calon Menteri Besar, saya wajib berkempen untuk rakan-rakan lain. Tidak guna dinamakan saya seorang saja tetapi akhirnya jikalau menang seorang pun tak boleh jadi MB (Menteri Besar), sebaliknya jadi ketua pembangkang. Itu bukan minat kami," katanya.
Pada masa sama beliau berharap tawaran yang diberikan oleh parti itu kepada rakyat Johor pada PRN tersebut harus diyakini walaupun Pejuang adalah parti baharu dan tidak mempunyai rekod pencapaian memimpin negeri.
Esok adalah hari penamaan calon PRN Johor manakala hari pengundian ditetapkan pada 12 Mac dan undi awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Menurut Mukhriz, masih terlalu awal untuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan sebarang calon Menteri Besar. - Gambar fail
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.