Skip to main content

Politik

PRN Johor: Bersatu terima keputusan Pas tidak bantu kempen

KOTA KINABALU, 11 Nov -- Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas majlis pengumuman calon PN sempena Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17 di Pusat Teknologi dan Komersial Penampang (ITCC), hari ini._BERNAMA
Muhyiddin berkata, walaupun prinsip dalam Perikatan Nasional adalah berasaskan kerjasama dan saling membantu, partinya menerima pendirian yang diambil oleh Pas. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

PAGOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghormati keputusan Pas yang tidak akan menggerakkan jenteranya bagi membantu kempen calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun prinsip dalam Perikatan Nasional (PN) adalah berasaskan kerjasama dan saling membantu, partinya menerima pendirian yang diambil oleh Pas.

"Tak apalah, saya tak minta sesiapa bantu. Siapa nak bantu, bantulah. Walaupun dari segi prinsip PN, sepatutnya saling membantu, tetapi kalau ada rakan yang tak nak bantu, kita terimalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal, ke pusat penamaan calon hari ini.

Semalam, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan parti itu tidak akan menggunakan jentera pilihan rayanya untuk membantu kempen calon Bersatu pada PRN Johor.

Sebelum ini, Abdul Hadi menjelaskan keputusan Pas dan Bersatu bergerak dengan jentera kempen masing-masing bukan sebahagian daripada strategi politik untuk memperkukuh PN menjelang pilihan raya.

Mengulas sama ada Bersatu akan membantu kempen calon parti lain dalam PN, Muhyiddin berkata partinya kekal terbuka untuk menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.

Must Watch Video

Advertisement