JOHOR BAHRU: Barisan Nasional hari ini mengumumkan calon untuk 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mengikut senarai yang dibacakan Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad, UMNO memperoleh sebanyak 37 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC empat kerusi.

Hasni, yang bakal mempertahankan kerusi DUN N53 Benut berkata, biarpun senarai itu tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak, namun ia adalah barisan yang terbaik untuk membolehkan mereka membentuk kembali Kerajaan Negeri Johor.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua pihak yang beri sepenuh kerjasama, beri pandangan, nasihat bagi terbentuknya satu senarai yang tentunya tak lengkap, tak akan diterima semua pihak, tentunya tak memuaskan hati semua.

“Kita menyedari hakikat itu, tetapi sebagai orang parti, saya percaya kita semua akan terus berdiri teguh untuk pastikan BN kali ini menang, dengan satu kemenangan besar di Johor,” katanya lagi.

Turut menghadiri majlis itu ialah Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan beberapa pimpinan kanan parti komponen yang lain.

BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI 

Difahamkan, MCA masih dalam peringkat perbincangan untuk memutuskan senarai calon bagi kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.

Sementara itu Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, penelitian di pelbagai aras telah dilakukan sebelum senarai itu dapat dimuktamadkan.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian, hampir 80 peratus daripada keseluruhan calon BN berusia di bawah 55 tahun dan mempunyai kelayakan akademik yang tinggi.

Selain itu, katanya, 70 peratus calon BN terdiri daripada muka-muka baharu, sekali gus mempamerkan kesungguhan parti untuk memperkukuhkan agenda peremajaan parti di pelbagai peringkat.

“Semoga kombinasi tiga elemen ini, bukan hanya sebagai satu game changer, tetapi pada waktu yang sama, kita juga tak lupakan mereka yang berpengalaman untuk terus berikan khidmat dan kesinambungan, dari segi usaha untuk terus meletakkan Johor sebagai salah sebuah negeri, dengan kekuatan yang akan kita bina di Johor.

"Saya yakin hadirin yang berada di sini akan dapat menentukan sokongan kita apabila kita mula bergerak secara rasmi selepas penamaan calon nanti, dan berikan dokongan bahawa kita akan kemukakan ‘poster boy’ kita untuk dapat perkenan bagi terus dilantik sebagai MB (Menteri Besar)," katanya merujuk kepada Hasni.


Senarai penuh calon BN:

N.01 Buloh Kasap: Datuk Zahari Sarip (UMNO)

N.02 Jementah: MCA

N.03 Pemanis: Anuar Abd Manap (UMNO)

N.04 Kemelah: Saraswathy (MIC)

N.05 Tenang: Haslinda Salleh (UMNO)

N.06 Bekok: MCA

N.07 Bukit Kepong: Ismail Mohamad (UMNO)

N.08 Bukit Pasir: Ir Mohamad Fazli Mohamad Salleh (UMNO)

N.09 Gambir: Shahrihan Jani (UMNO)

N.10 Tangkak: MCA

N.11 Serom: Kharinnisa Ismail (UMNO)

N.12 Bentayan: MCA

N.13 Simpang Jeram: Datuk Lokman Md Dun (UMNO)

N.14 Bukit Naning: Datuk Md Fuad Tukirin (UMNO)

N.15 Maharani: Noor Farah Shamsudin (UMNO)

N.16 Sungai Balang: Mohd Helmy Abd Latif (UMNO)

N.17 Semerah: Mohd Fared Md Khalid (UMNO)

N.18 Sri Medan: Datuk Zulkurnain Kamisan (UMNO)

N.19 Yong Peng: MCA

N.20 Semarang: Datuk Samsol Bari Jamali (UMNO)

N.21 Parit Yaani: Datuk Najib Samuri (UMNO)

N.22 Parit Raja: Rashidah Ramli (UMNO)

N.23 Penggaram: MCA

N.24 Senggarang: Mohd Yusla Ismail (UMNO)

N.25 Rengit: Datuk Mohd Puad Zarkashi (UMNO)

N.26 Machap: Datuk Onn Hafiz Ghazi (UMNO)

N.27 Layang Layang: Mutalif Rahim (UMNO)

N.28 Mengkibol: MCA

N.29 Mahkota: Datuk Sharifah Azizah (UMNO)

N.30 Paloh: MCA

N.31 Kahang: Vidyananthan Ramanadhan (MIC)

N.32 Endau: Yuzaimi Md Yusof (UMNO)

N.33 Tenggaroh: Raven Kumar Krishnasamy (MIC)

N.34 Panti: Hahasrin Hashim (UMNO)

N.35 Pasir Raja: Rashidah Ismail (UMNO)

N.36 Sedili: Muszaide Makmur (UMNO)

N.37 Johor Lama: Noorliza Noh (UMNO)

N.38 Penawar: Fauziah (UMNO)

N.39 Tanjung Surat: Datuk Syed Sis Abd Rahman (UMNO)

N.40 Tiram: Azizul Bachok (UMNO)

N.41 Puteri Wangsa: MCA

N.42 Johor Jaya: MCA

N.43 Permas: Baharuddin Md Taib (UMNO)

N.44 Larkin: Md Hairi Md Shah (UMNO)

N.45 Stulang: MCA

N.46 Perling: MCA

N.47 Kempas: Ramli Rohani (UMNO)

N.48 Skudai: MCA

N.49 Kota Iskandar: Pandak Ahmad (UMNO)

N.50 Bukit Permai: Datuk Md Jafny Md Shukor (UMNO)

N.51 Bukit Batu: MIC

N.52 Senai: MCA

N.53 Benut: Datuk Hasni Mohammad (UMNO)

N.54 Pulai Sebatang: Hasrunnizah Hassan (UMNO)

N.55 Pekan Nanas: MCA

N.56 Kukup: Datuk Jefridin Atan (UMNO)