awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: BN, UMNO ketepi Pas, Bersatu, buat keputusan bubar DUN

Bernama
Bernama
23/01/2022
10:07 MYT
PRN Johor: BN, UMNO ketepi Pas, Bersatu, buat keputusan bubar DUN
Mohd Solihan berkata keputusan pembubaran itu hanya melibatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), sekali gus mengetepikan Bersatu dan Pas. - Gambar fail
KULAI: Keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuat secara unilateral tanpa melibatkan perbincangan antara parti yang membentuk kerajaan negeri sedia ada.
Ketua Penerangan Bersatu Johor Mohd Solihan Badri berkata keputusan pembubaran itu hanya melibatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), sekali gus mengetepikan Bersatu dan Pas.
"Saya tidak pasti sama ada perlu dapat persetujuan parti (yang membentuk kerajaan sedia ada) atau tidak, tapi (keputusan pembubaran) memang tidak ada minta pandangan kami, sama ada daripada Bersatu atau PAS," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Senai di sini hari ini.
BACA SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Mengenai PRN Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang itu berkata Bersatu Johor sedia menyahut cabaran dan yakin mampu menubuhkan kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN).
"Jentera Bersatu di 26 bahagian telah ditubuhkan sejak tahun lepas dan kami sudah lantik jawatankuasa setiap biro, bahagian, parlimen, DUN serta pusat daerah mengundi (PDM), malah perbincangan pembahagian kerusi bersama parti komponen sudah dimulakan tetapi belum dimuktamad," katanya.
Kerajaan negeri sebelum ini diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan Pas (satu) manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#DUN Johor
#Mohd Solihin Badri
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan