Skip to main content

Politik

PRN Johor: Empat penjuru di DUN Maharani sah bertanding

Sumber: Astro AWANI
Zainal (tengah) bersama empat calon yang bakal bertanding bagi merebut kerusi DUN Maharani pada PRN Johor ke-16 kali ini. - Foto Astro AWANI
Advertisement

MUAR: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani menyaksikan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini selepas proses penamaan calon selesai sebentar tadi.

Pengurus Pilihan Raya DUN N.15 Maharani, Zainal Eran mengesahkan empat calon layak bertanding bagi merebut kerusi di bawah kawasan Parlimen Muar itu.

Mereka ialah (mengikut susunan dalam kertas undi) Mohamad Anuar Hayan mewakili Perikatan Nasional (PN), Datuk Ashari Md Sarip daripada Barisan Nasional (BN), Muhammad Amir Fikri atau 'Amir Jack' daripada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Muhammad Taqiuddin Cheman mewakili Pakatan Harapan.

Nama-nama mereka diumumkan Zainal selepas tamat proses penamaan calon, di Dewan Tanjung, Bangunan Istana Tanjung, di sini, hari ini.

Pertembungan empat penjuru itu dijangka menjadikan DUN Maharani antara kerusi tumpuan pada PRN Johor ke-16 ini memandangkan ia melibatkan persaingan antara gabungan utama negara selain kehadiran MUDA.

Hari pengundian awal bagi PRN Johor ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 7 Julai depan, manakala hari pengundian ialah pada 11 Julai.

 

Must Watch Video

Advertisement