awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Khaled Nordin antara terawal di pusat mengundi SK Taman Rinting 1

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/03/2022
01:52 MYT
PRN Johor: Khaled Nordin antara terawal di pusat mengundi SK Taman Rinting 1
Mohamed Khaled ketika ditemui media di SK Taman Rinting 1 hari ini. - Foto Astro AWANI
PASIR GUDANG: Bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilihat antara yang tiba awal Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1 hari ini, untuk melaksanakan hak sebagai pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.
Naib Presiden UMNO itu salah seorang dari 103,598 pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab di kerusi yang terletak di bawah Parlimen Pasir Gudang itu.
Ketika ditemui media, Mohamed Khaled yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, beliau mahu melalui proses undi seawal mungkin, kerana mahu meninjau kesemua pusat mengundi yang terletak di bawah parlimen tersebut.
“Kita tahu ramai akan gunakan peluang dan hak mereka untuk undi, jadi untuk elak kesesakan orang ramai, saya datang awal hari ini.
“Bangun pagi tadi untuk solat Subuh, saya rasa seperti hari-hari biasa, namun insya-Allah BN boleh menang hari ini,” katanya lagi.
Mohamed Khaled merupakan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru antara 1990 hingga 2004, dan kemudiannya menyandang kerusi Parlimen Pasir Gudang antara 2004 hingga 2013 sebelum bertanding di DUN Permas pada 2013.
Beliau kemudian menjadi Menteri Besar antara 2013 dan 2018, sebelum tewas kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen pada pilihan raya umum yang lepas kepada dua wakil Pakatan Harapan, iaitu Datuk Che Zakaria Mohd Salleh dan Hassan Abdul Karim.
Pada pilihan raya kali ini, DUN Permas menyaksikan pertandingan lima penjuru - Baharudin Mohamed Taib (Barisan Nasional), Tazul Arifin Nasri (Perikatan Nasional), Syed Othman Abdullah (Pakatan Harapan), Mohamed Ridza Busu (Parti Warisan), dan Mahaya Ahad (Parti Pejuang Tanah Air).
Topic Berkaitan
#Mohamed Khaled Nordin
#DUN Permas
#PRN Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan